Philips FC8148 Manual De Instrucciones página 41

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 12
penggantian
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
Mengganti penuras
Ganti penuras bekas habuk HEPA dan penuras ekzos HEPA setiap 12 bulan.
penuras hEpa
-
Untuk mengeluarkan penuras lama dan mengganti dengan penuras baru, ikuti arahan untuk
mengeluarkan dan memasukkan penuras ini dalam bab 'Pembersihan dan penyelenggaraan'.
Membuat pesanan penuras dan aksesori
-
Penuras ekzos HEPA boleh didapati dengan nombor jenis FC8070.
-
Penuras bekas habuk (HEPA dan busa) boleh didapati dengan nombor jenis FC8071.
penyimpanan
1
Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding.
2
Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung semula kord (Gamb. 37).
3
Tegakkan perkakas. Untuk memasang muncung pada perkakas, masukkan rabung pada
muncung ke dalam slot penyimpanan.
Nota: Untuk memastikan penyimpanan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub agar menjadi paling
pendek.
alam sekitar
-
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya
serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat begini, anda
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 38).
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda memerlukan servis atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda
boleh mendapatkan nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia. Jika Pusat Layanan Pelanggan
tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips di tempat anda.
Menyelesaikan masalah
1
Kuasa sedutannya tidak mencukupi
-
Mungkin bekas habuk telah penuh.
Jika perlu, kosongkan bekas habuk.
-
Mungkin penuras perlu dibersihkan atau diganti.
Jika perlu, bersihkan atau ganti penuras.
-
Mungkin gelangsar kuasa sedutan pada gegenggam tangan terbuka.
Tutup gelangsar.
-
Mungkin kawalan kuasa sedutan elektronik ditetapkan kepada tetapan rendah.
Tetapkan kawalan ini kepada tetapan yang lebih tinggi.
-
Mungkin muncung, tiub atau hos tersumbat. (Gamb. 39)
Untuk mengeluarkan sumbatan, cabut item yang tersumbat dan sambungkannya (sejauh yang boleh)
secara terbalik. Hidupkan pembersih vakum untuk memaksa udara melalui item tersumbat itu dalam
arah yang bertentangan.
Bahasa MElayu
41

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Fc8140

Tabla de contenido