Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan memvakum air atau sebarang cecair lain.
-
Jangan memvakum bahan membakar atau abu panas.
-
Jangan sekali-kali merendam pembersih vakum atau pengecas di dalam air atau sebarang cecair
lain, atau membilasnya di bawah paip.
Amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan
anda.
-
Jangan gunakan pembersih vakum atau pengecas sekiranya ianya rosak.
-
Pengecas dan penyesuai tidak boleh digantikan. Jika pengecas atau penyesuai rosak, perkakas
mesti dibuang.
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantinya dengan plag
yang lain, kerana ini akan menyebabkan keadaan berbahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
-
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
Awas
-
Keluarkan penyesuai dari soket dinding sebelum anda membersihkan pengecas.
-
Hanya cas pembersih vakum dengan pengecas yang disediakan. Semasa pengecasan,
penyesuai terasa panas apabila disentuh. Ini adalah biasa.
-
Sentiasa matikan pembersih vakum selepas menggunakannya dan apabila anda mengecasnya.
-
Voltan pada jalur sesentuh di dalam unit pengecasan adalah rendah maka ia tidak berbahaya.
-
Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
-
Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
-
Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hati apabila menggerudi lubang pada dinding
untuk memasang unit pengecasan, terutamanya jika berhampiran dengan soket dinding.
-
Cas, simpan dan gunakan perkakas pada suhu di antara 5°C dan 35°C.
-
Jangan buka atau melitar pintaskan bateri. Lindungi bateri daripada kebakaran, haba dan cahaya
matahari langsung.
-
Hanya keluarkan bateri boleh cas apabila anda membuang perkakas. Pastikan bateri kosong
sepenuhnya semasa anda membuangnya.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.
BAHASA MELAYU
15