Philips FC6152/81 Manual De Instrucciones página 16

Ocultar thumbs Ver también para FC6152/81:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 6
BAHASA MELAYU
16
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau barang ganti, lawati ke www.shop.philips.com/service atau pergi
ke penjual Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda
(lihat risalah jaminan sedunia untuk butiran hubungan).
Kitar semula
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya serahkannya
ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat begini, anda membantu memelihara
alam sekitar.
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca
risalah jaminan sedunia.
Penyelesai Masalah
1
Perkakas tidak berjalan
-
Paras bateri boleh jadi rendah. Cas semula bateri.
2
Lampu pengecasan tidak menyala.
-
Anda mungkin tidak memasukkan penyesuai dengan betul pada soket dinding.
Letakkan penyesuai dengan betul pada soket dinding.
-
Pastikan plag perkakas dimasukkan dengan betul pada perkakas dan perkakas dimatikan.
-
Anda mungkin tidak meletakkan perkakas pada pengecasnya dengan betul. Letakkan pengecas
dengan betul dan pastikan bahawa lampu pengecasan menyala.
-
Poin sesentuh pada perkakas dan/atau pengecas mungkin kotor. Lapkannya bersih dengan kain
yang kering.
-
Perkakas mungkin telah dihidupkan semasa ia sedang dicas. Pastikan perkakas dimatikan
semasa anda mengecasnya.
3
Pembersih vakum tidak memvakum dengan betul.
-
Petak habuk mungkin tidak dipasang dengan betul pada perkakas. Pasang petak habuk dengan
betul pada perkakas.
-
Petak habuk mungkin penuh. Kosongkan petak habuk tersebut.
-
Unit penuras di dalam petak habuk mungkin tersumbat. Bersihkan kedua-dua bahagian unit
penuras.
4
Habuk keluar dari pembersih vakum.
-
Petak habuk mungkin penuh. Kosongkan petak habuk tersebut.
-
Petak habuk mungkin tidak dipasang dengan betul pada perkakas. Pasang petak habuk dengan
betul pada perkakas.
-
Mungkin unit penuras tidak diletakkan dengan betul dalam petak habuk. Letakkan unit penuras
dengan betul di dalam petak habuk.
5
Pembersih vakum tidak berfungsi dengan betul apabila salah satu alat tambahan dipasang
pada muncung.
-
Periksa jika alat tambahan disekat. Jika ini terjadi, keluarkan sekatan tersebut.
-
Petak habuk mungkin penuh. Kosongkan petak habuk tersebut.
-
Unit penuras mungkin tersumbat. Bersihkan kedua-dua bahagian unit penuras.
6
Perkakas banyak mengeluarkan bunyi.
-
Ada kemungkinan terdapat bahan pejal di dalam petak habuk. Kosongkan petak habuk.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido