Basikal Aktif; Gunakan Untuk Tujuan Yang Dimaksudkan; Arahan Dan Petua Berbasikal - BMW Active Hybrid E-Bike Manual De Instrucciones

Tabla de contenido

Publicidad

Hanya untuk negara EU:
Sila serahkan semua patrum bateri yang telah digunakan dan
paparan yang tidak berfungsi kepada peniaga basikal yang
dibenarkan.
Selaras dengan arahan Kesatuan Eropah 2012/19/EU,
peralatan elektrik yang tidak boleh digunakan lagi mesti
dipungut secara berasingan dan dikitar semula mengikut
proses mesra alam sekitar, serta selaras dengan arahan
2006/66/EC perkara sama yang terpakai untuk bateri rosak
atau terpakai.
MS
700
5 E-BASIKAL AKTIF.

5.1 Gunakan untuk tujuan yang dimaksudkan.

Unit pemacu digunakan semata-mata untuk menguasakan
E-Basikal Aktif BMW anda dan tidak boleh digunakan untuk
tujuan lain.

5.2 Arahan dan petua berbasikal.

Bilakah pemacu e-basikal beroperasi?
Unit pemacu membenarkan penunggang basikal menggunakan
basikal betul-betul seperti basikal konvensional. Unit pemacu akan
memberikan bantuan yang diperlukan, bergantung pada daya yang
digunakan pada pedal oleh penunggang basikal. Oleh itu, bantuan
ini hanya diberikan ketika penunggang basikal sedang mengayuh.
Perkara ini terpakai tanpa mengira tahap bantuan yang dipilih.
Bantuan yang diberikan oleh unit pemacu akan tersedia pada
kelajuan sehingga 25 km/j. Pada kelajuan melebihi 25 km/j, unit
pemacu tidak akan memberikan bantuan.
Sistem e-Basikal tidak beroperasi dalam situasi berikut:
- Apabila kuasa unit paparan dimatikan.
- Apabila anda bergerak pada kelajuan 25 km/j atau lebih
cepat.
- Apabila anda tidak mengayuh.
- Apabila tiada baki kapasiti bateri.
- Apabila fungsi kuasa mati automatik diaktifkan (lihat
Manual Paparan)
- Apabila mod bantuan ditetapkan kepada mod Mati.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Productos relacionados para BMW Active Hybrid E-Bike

Tabla de contenido