Descargar Imprimir esta página

NOCO Genius 2D Guía Del Usuario Y Garantía página 195

Ocultar thumbs Ver también para 2D:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 33
Suhu penyimpanan adalah 20° hingga 100°C (suhu purata di bawah hud). Keserasian. Produk ini hanya bersesuaian dengan bateri asid plumbum 12 volt sahaja.
Jangan cuba gunakan produk dengan jenis bateri lain. Mengecas bateri jenis kimia yang lain boleh mengakibatkan kecederaan, kematian atau kerosakan harta
benda. Hubungi pengeluar bateri sebelum cuba mengecas bateri. Peranti Perubatan. Jangan mengecas perentak jantung atau peranti perubatan lain. Produk
boleh memancarkan medan elektromagnet. Produk mengandungi komponen magnet yang boleh mengganggu perentak jantung, defibrilator, atau peranti perubatan
yang lain. Medan elektromagnet ini mungkin mengganggu perentak jantung atau peranti perubatan lain. Rujuklah dengan doktor anda sebelum digunakan sekiranya
anda mempunyai sebarang peranti perubatan termasuk alat perentak jantung. Jika anda mengesyaki produk mengganggu peranti perubatan, berhenti menggunakan
produk dengan serta-merta dan dapatkan nasihat doktor anda. Keadaan Perubatan. Sekiranya anda mempunyai sebarang keadaan perubatan yang anda percaya
boleh dipengaruhi oleh produk, termasuk tetapi tidak terhad kepada; sawan, pitam, keletihan mata atau sakit kepala, sila berjumpa dengan doktor anda sebelum
menggunakan produk. Pembersihan. Matikan produk sebelum melakukan sebarang penyelenggaraan atau pembersihan. Bersihkan dan keringkan dengan segera
jika ia terkena cecair atau sebarang jenis bahan cemar. Gunakan kain lembut, bebas bulu (microfiber). Elakkan terkena kelembapan pada bukaan. Persekitaran
Mudah Meletup. Patuhi semua tanda dan arahan. Jangan kendalikan produk di mana-mana kawasan dengan persekitaran yang berpotensi untuk mudah meletup,
termasuk kawasan mengisi bahan api atau kawasan yang mengandungi bahan kimia atau zarah seperti butir, habuk atau serbuk logam. Aktiviti Berisiko Tinggi.
Produk ini tidak bertujuan untuk penggunaan di mana kegagalan produk boleh membawa kepada kecederaan, kematian atau kerosakan persekitaran yang teruk.
Gangguan Frekuensi Radio. Produk direka, diuji, dan dikeluarkan untuk mematuhi peraturan yang mengawal pancaran frekuensi radio. Pancaran sedemikian
daripada produk boleh menjejaskan operasi peralatan elektronik lain, yang menyebabkan kerosakan. Nombor Model: Genius 2D Peranti ini mematuhi Bahagian
15 Peraturan FCC. Operasi adalah tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan berbahaya, dan (2) peranti ini mesti
menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini. NOTA: Peralatan ini telah diuji dan didapati
mematuhi had untuk peranti digital Kelas A, menurut Bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk memberikan perlindungan munasabah terhadap gangguan
yang berbahaya apabila peralatan dikendalikan dalam persekitaran komersil. Peralatan ini menjana, menggunakan, dan boleh memancarkan tenaga frekuensi radio
dan jika tidak dipasang dan digunakan mengikut maual arahan, ia boleh menyebabkan gangguan berbahaya kepada komunikasi radio. Pengendalian peralatan ini
di kawasan kediaman mungkin menyebabkan gangguan berbahaya di mana pengguna dikehendaki membetulkan gangguan menggunakan perbelanjaan mereka
sendiri.
MS

Publicidad

loading