Viavi 8800 Serie Manual De Instrucciones página 101

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 133
Keperluan Kuasa AC
Bekalan Kuasa DC Luar hendaklah disambungkan dengan alur keluar bekalan AC yang dibumikan sahaja. Bekalan kuasa dc luar,
dibekalkan dengan Sistem Ujian Radio Digital, mengendalikan julat voltan daripada 100 hingga 240 VAC pada 47 hingga 63 Hz. Bagi
operasi AC, Kabel Talian AC, yang disambungkan dengan Bekalan Kuasa DC Luar, dilengkapi dengan palam tiga serampang
standard dan mesti disambungkan dengan penyangga tiga serampang yang dibumikan dengan betul.
AMARAN
JANGAN GUNAKAN PALAM PENYESUAI TIGA SERAMPANG DENGAN DUA SERAMPANG. JIKA
MELAKUKANNYA, BOLEH MEWUJUDKAN BAHAYA KEJUTAN ANTARA CASIS DAN ELEKTRIK BUMI.
BERWASPADA
DISEBABKAN OLEH KEMUNGKINAN KEJUTAN ELEKTRIK YANG BERLAKU DI DALAM SET UJIAN,
PEMASANGAN BEKAS MESTI DITUTUP APABILA SET UJIAN DISAMBUNGKAN KE SUMBER KUASA
LUAR.
BERWASPADA
PENGGANTIAN BATERI, PENGGANTIAN FIUS DAN PELARASAN DALAMAN MESTI HANYA DILAKUKAN
DENGAN SET UJIAN DIPUTUSKAN DARI SUMBER KUASA LUARAN.
Bateri
Sistem Ujian Radio Digital dikuasakan oleh pek bateri Lithium Ion dalaman. Sistem Ujian Radio Digital dibekalkan dengan Bekalan
Kuasa DC Luar yang membenarkan operator mengecas semula bateri menggunakan kuasa AC. Sistem Ujian Radio Digital boleh
beroperasi tanpa henti menggunakan kuasa AC menerusi Bekalan Kuasa DC Luar, untuk penyelenggaraan dan/atau ujian meja.
Bateri dalaman berupaya untuk membekalkan kuasa kepada Sistem Ujian Radio Digital selama 2.5 jam penggunaan berterusan, dan
selepas itu bateri Sistem Ujian Radio Digital perlu dicas semula. Apabila Petunjuk BAT berwarna HIJAU, bateri berada pada 100%
cas penuh. Apabila Petunjuk BAT berwarna AMBAR, bateri sedang dicas. Jika paras bateri yang ditunjukkan dalam Ikon BAT adalah
≤5%, mesej amaran "Bateri Lemah" dipaparkan. Pengecase bateri beroperasi apabila dibekalkan Bekalan Kuasa DC Luar atau
bekalan Kuasa DC yang sesuai (11 to 24 Vdc) digunakan pada Sistem Ujian Radio Digital. Semasa mengecas, bateri siap dicas 100%
dalam masa kira-kira empat jam. Pengecas bateri dalaman membenarkan bateri megecas pada julat suhu di antara 0° hingga 45°C.
Bateri hendaklah dicas setiap tiga bulan (minimum) atau diputuskan sambungan bagi tempoh storan tidak aktif jangka panjang bagi
lebih daripada enam bulan. Bateri mesti ditanggalkan apabila keadaan di sekeliling Set Ujian bersuhu <-20°C atau >60°C. Biarkan 20
minit untuk bateri mengecas apabila MENGHIDUPKAN (ON) Sistem Ujian Radio Digital dari keadaan bateri yang telah mati/lama tidak
digunakan.
S i r i 8 8 0 0 Ma nua l La ng kah P er m ul aan
2. PEMASANGAN

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido