Viavi 8800 Serie Manual De Instrucciones página 94

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 133
Keadaan Penggunaan Umum
Produk ini direka dan diuji untuk mematuhi keperluan IEC/EN61010-1 'Keperluan keselamatan untuk peralatan elektrik bagi kegunaan
pengukuran, kawalan dan makmal' bagi peralatan mudah alih Kelas I dan untuk kegunaan dalam persekitaran pencemaran tahap 2.
Peralatan ini direka untuk beroperasi daripada bekalan pemasangan Kategori II. Sistem Ujian Radio Digital hendaklah dilindungi
daripada cecair seperti tumpahan, kebocoran dan lain-lain serta kerpasan seperti hujan, salji dan lain-lain. Apabila mengalihkan
peralatan dari persekitaran sejuk kepada panas, biarkan suhu peralatan stabil terlebih dahulu sebelum menyambungkan Unit kepada
bekalan kuasa AC bagi mengelakkan pembentukan pemeluwapan. Peralatan ini hanya boleh dikendalikan dalam keadaan yang
ditetapkan dalam spesifikasi produk. Produk ini tidak diluluskan untuk penggunaan dalam atmosfera berbahaya atau penggunaan
perubatan. Jika peralatan akan digunakan dalam penggunaan berkaitan keselamatan, seperti penggunaan avionik atau ketenteraan,
kesesuaian produk mesti dinilai dan diluluskan oleh seorang yang berkelayakan. Rujuk semua penyelenggaraan Unit kepada
Kakitangan Teknikal yang Berkelayakan.
AMARAN
PERLINDUNGAN YANG DIBERIKAN OLEH PERALATAN BOLEH TERGANGGU JIKA SET UJIAN
DIGUNAKAN DALAM KEADAAN TIDAK DITENTUKAN OLEH PENGILANG.
Pengenalpastian Keselamatan dalam Manual Teknikal
Manual ini menggunakan terma-terma berikut untuk menarik perhatian kepada bahaya keselamatan berkemungkinan yang mungkin
wujud apabila mengendalikan atau menyelenggara peralatan ini:
BERWASPADA
MENGENAL PASTI KEADAAN ATAU AKTIVITI YANG, JIKA DIABAIKAN, BOLEH MENGAKIBATKAN
KEROSAKAN PADA PERALATAN ATAU HARTA, CONTOHNYA KEBAKARAN.
AMARAN
MENGENAL PASTI KEADAAN ATAU AKTIVITI YANG, JIKA DIABAIKAN, BOLEH MENGAKIBATKAN
KECEDERAAN DIRI ATAU KEMATIAN.
S i r i 8 8 0 0 Ma nua l La ng kah P er m ul aan
Langkah berjaga-jaga
UTAMAKAN KESELAMATAN – KEPADA SEMUA KAKITANGAN OPERASI

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido