MY
TAHNIAH DIATAS PEMBELIAN PRODUK BAHARU SCANPAN
Sebelum penggunaan pertama
Basuh produk dengan air suam yang dicampurkan dengan
bahan pencuci.
Keluarkan sebarang pelekat dari produk.
Penggunaan
Produk ini hanya boleh digunakan untuk menyediakan dan
menghidangkan makanan Pastikan anda tidak terlalu panaskan
produk, kerana ini akan mengurangkan kesan tidak melekat.
Pemanasan melampau tidak dilindungi oleh waranti.
A: Menggoreng lemak: Produk ini dipanaskan kepada suhu
menggoreng pada api yang sederhana selama beberapa minit,
kemudian lemak ditambah.
Pemanasan melampau berlaku terutamanya apabila minyak atau
lemak menjadi terlalu panas. Sekiranya minyak terlalu panas ia
boleh membakar ke lapisan tidak melekat, yang boleh
menyebabkan kerosakan.
Penggunaan semburan aerosol tidak digalakkan pada alat
memasak tidak melekat kerana minyak dari tin aerosol boleh
membakar pada suhu yang lebih rendah, dan dengan itu
meningkatkan risiko kerosakan kepada produk tidak melekat anda.
B: Menggoreng tanpa lemak: Produk ini dipanaskan kepada suhu
menggoreng pada api yang sederhana selama beberapa minit,
kemudian proses menggoreng boleh dimulakan.
Produk dengan pemegang keluli tahan karat boleh menjadi
semakin panas setelah beberapa ketika, jadi anda mungkin perlu
menggunakan sarung tangan ketuhar apabila menyentuh pemegang.
Selepas penggunaan
Produk ini terbaik dibersihkan semasa ianya masih panas,
walaupun ia harus dibiarkan sejuk selama lebih kurang 5 minit
24
®
sebelum mencuci dalam air suam yang dicampur dengan bahan
pencuti. Produk ini perlu dicuci dengan bersih sebelum ianya
disimpan.
Untuk membersihkan makanan yang sukar dan terbakar, isikan air
sebanyak 3/4 ke dalam produk, panaskan air sehingga mendidih
pada api sederhana, sambil mencampurkan bahan pencuci,
biarkan ia reneh selama 15 minit dan kemudian bersihkan produk
seperti biasa. Proses tersebut boleh diulang jika perlu.
Sedikit kesan haus dan calar akan kelihatan pada lapisan selepas
beberapa penggunaan. Ini merupakan perkara biasa dan tidak
akan menjejaskan kesan tidak melekat.
Waranti tidak melindungi kesan kotoran, pudar atau calar dalaman
atau luaran seperti tanda akibat objek tajam atau penggunaan
peralatan elektrik. Waranti tidak melindungi penutup kaca.
Walaupun produk ini adalah selamat untuk digunakan dalam
mesin basuh pinggan mangkuk, ianya adalah tidak digalakkan
kerana ia boleh memendekkan jangka hayat produk. Boleh
menahan haba ketuhar sehingga 260° C, termasuk tudung dan
pemegang.
Dasar aluminium
Selepas dicuci menggunakan mesin basuh pinggan mangkuk
(tidak digalakkan), kesan bahan pencuci pinggan boleh terbiar di
bahagian bawah, dan ianya boleh menghakis aluminium.
Kotoran berupa perak mungkin muncul pada periuk daripada
produk yang berasaskan aluminium. Kesan tersebut boleh
dihilangkan dengan menggunakan agen pembersihan yang sesuai
untuk hob periuk.