Descargar Imprimir esta página

Husqvarna 321SP Manual De Funcionamiento página 78

Ocultar thumbs Ver también para 321SP:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 16
PENGANGKUTAN DAN PENYIMPANAN
Pengangkutan
• Pastikan peralatan selamat semasa
pengangkutan untuk mengelakkan kerosakan dan
kemalangan.
• Simpan produk dan peralatan di kawasan yang
kering dan kalis beku.
• Kosongkan bahan api dan bersihkan produk.
• Gantikan atau baiki komponen yang rosak.
• Gunakan penutup pelindung yang betul pada
produk yang tidak mengekalkan kelembapan.
• Pastikan produk dilekatkan rapat semasa
pengangkutan.
Penyimpanan
AMARAN: Semasa mengosongkan bahan
api, sila berhati-hati agar tidak
menumpahkannya. Jika bahan api
tertumpah, lap dengan teliti. Di samping itu,
sila pastikan untuk menutup penutup bekas
penyimpanan dengan ketat.
AWAS: Sekiranya bahan api dibiarkan dalam
enjin untuk tempoh yang berlarutan,
bahagian dalam karburetor mungkin
tersumbat dan menyebabkan enjin sukar
dihidupkan dan pengeluaran yang tidak
mencukupi.
• Semasa penyimpanan, longgarkan sedikit
penutup tangki cecair kimia. Sekiranya diskru
dengan terlalu ketat, gasket mungkin akan
terputar.
Setelah menyelesaikan semua prosedur kerja
tanpa rancangan untuk menggunakan produk untuk
tempoh yang berlarutan, sila lakukan penjagaan
pra-penyimpanan berikut untuk mengelakkan
masalah yang disebabkan oleh perubahan masa
berlalu.
1. Bersihkan tangki cecair kimia dan muncung.
2. Bersihkan kekotoran dari penyembur dan periksa
untuk sebarang kerosakan atau kelonggaran. Jika
sebarang keabnormalan ditemui, betulkan ia
dengan teliti sebagai persediaan unit untuk
kegunaan masa hadapan.
3. Kosongkan tangki bahan api.
4. Hidupkan enjin, dan biarkan pada kelajuan
melahu sehingga semua bahan api dalam
karburetor habis dan enjin berhenti sendiri.
5. Tanggalkan palam pencucuh dan masukkan
beberapa titik (1 hingga 2 cc) minyak 2 kitaran ke
dalam enjin. Selepas menarik tali penghidup 2 atau
3 kali, kembalikan palam pencucuh ke kedudukan
asalnya dan berhenti dalam kedudukan termampat.
6. Selepas meminyaki pencetus pendikit dan
bahagian logam lain dengan minyak anti-hakisan,
tutup produk dan simpan di dalam rumah di lokasi
kelembapan rendah
77

Publicidad

loading