BaHasa MElayu
40
awas
-
Sentiasa masukkan unit termostat ke dalam perkakas sebelum anda memasukkan plag ke dalam
soket dinding.
-
Hanya gunakan unit termostat yang dibekalkan.
-
Pastikan bahawa bahagian dalam soket unit termostat betul-betul kering sebelum anda
memasukkan unit termostat.
-
Letakkan perkakas pada permukaan yang rata, stabil dengan ruang kosong yang memadai di
sekelilingnya.
-
Sentiasa pastikan pelindung percikan berada di tempatnya sebelum anda mula menggril. Jangan
alihkan pelindung percikan semasa menggril.
-
Jangan alihkan dulang titis semasa menggril.
-
Pastikan dulang titis diisi dengan air sekurang-kurangnya sehingga paras MIN sebelum anda mula
menggunakan perkakas.
-
Sentiasa panaskan dahulu plat sebelum anda meletakkan sebarang makanan di atasnya.
-
Permukaan yang dapat dicapai mungkin menjadi panas apabila perkakas beroperasi.
-
Berhati-hati terhadap percikan lemak semasa anda menggril daging berlemak atau sosej.
-
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
-
Sentiasa matikan perkakas selepas menggunakannya dan cabut plag sesalur dari soket dinding
sebelum anda mencabut unit termostat dari soket unit termostat.
-
Sentiasa bersihkan perkakas selepas digunakan.
-
Biarkan perkakas menjadi betul-betul sejuk sebelum anda mengeluarkan plat, membersihkan
perkakas atau menyimpannya.
-
Jangan sentuh plat dengan item yang tajam atau melelaskan, kerana ini merosakkan salutan tak
melekat.
-
Pastikan anda memasang semula plat dengan betul selepas anda mengalihkannya.
-
Perkakas ini hanya ditujukan untuk kegunaan dalam bangunan. Jangan gunakannya di luar
bangunan.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
1
Tanggalkan apa-apa pelekat dan kesat jasad perkakas dengan kain lembap.
2
Bersihkan perkakas dan plat dengan rapi (lihat bab 'Pembersihan').
Menggunakan perkakas
Nota: Perkakas mungkin mengeluarkan sedikit asap apabila anda menggunakannya pada kali pertama.
Ini adalah perkara biasa.
1
Luncurkan dulang titis ke dalam tapak (Gamb. 2).
Nota: Dulang titis hanya boleh disisipkan ke dalam tapak dengan satu cara sahaja.
2
Isikan dulang titis dengan air sehingga penunjuk paras minimum (MIN) (Gamb. 3).
-
Air dalam dulang titis membantu mengelakkan partikel makanan daripada terbakar.
-
Untuk memudahkan pembersihan, anda boleh melapiskan dulang titis dengan kerajang
aluminium sebelum anda mengisinya dengan air.
-
Apabila anda melapiskan dulang titis, pastikan kerajang tidak tergantung dari tepi dulang kerana
ini boleh menghalang peredaran udara yang betul.
3
Letakkan plat gril ke dalam slot dalam tapak (Gamb. 4).