Nota: Plat gril hanya muat dalam tapak dengan satu cara sahaja.
4
Masukkan unit termostat ke dalam soket unit termostat di tepi bahagian perkakas. (Gamb. 5)
5
Letakkan pelindung percikan pada perkakas. (Gamb. 6)
Pelindung percikan mengelakkan minyak dan gris dari terpercik ke atas permukaan ruang kerja.
Nota: Pelindung percikan hanya muat pada perkakas dengan satu cara sahaja.
6
Tekan butang Hidup/mati untuk menghidupkan perkakas.
Simbol suhu pada paparan menyala dan suhu lalai 250°C menyala pada paparan selagi
,
perkakas dipanaskan.
7
Untuk melaraskan suhu, tekan butang + atau -.
Suhu maksimum yang boleh ditetapkan ialah 250°C dan suhu minimum yang boleh ditetapkan ialah
75°C.
Suhu meningkat atau berkurangan sebanyak 25°C setiap kali anda menekan butang + atau -.
,
Apabila perkakas dipanaskan kepada suhu yang ditetapkan, suhu pada paparan berhenti
,
menyala.
8
Jika anda mahu menggunakan pemasa, tekan butang suhu/pemasa (Gamb. 7).
Nota: Jika anda mahu beralih kepada menetapkan suhu semula, tekan butang suhu/pemasa sekali lagi.
Masa lalai 0 minit ditunjukkan pada paparan.
,
9
Untuk menetapkan pemasa, tekan butang + atau -.
Masa maksimum yang boleh ditetapkan ialah 30 minit.
Masa meningkat atau berkurangan sebanyak 1 minit setiap kali anda menekan butang + atau -.
,
10
Gunakan spatula/penyepit yang disediakan untuk meletakkan ramuan pada plat gril.
Berhati-hati: plat gril panas!
Nota: Gunakan spatula dengan hujung bergerigi untuk bahagian tetulang pada plat
dan gunakan spatula dengan hujung lurus untuk bahagian rata pada plat .
11
Terbalikkan makanan dari masa ke semasa menggunakan spatula/penyepit yang disediakan.
12
Apabila makanan telah masak, alihkan daripada plat gril.
Gunakan spatula/penyepit yang disediakan untuk mengambil makanan. Jangan gunakan alatan dapur
daripada logam, yang tajam atau yang melelaskan.
13
Untuk hasil optimum, buang minyak berlebihan dari plat gril menggunakan sehelai kertas
dapur. Leraikan mana-mana makanan atau gris yang melekat dengan berhati-hati dan alihkan
daripada plat sebelum anda menggril kumpulan makanan seterusnya.
14
Untuk terus menggril, letakkan kumpulan makanan seterusnya di atas plat gril. Untuk berhenti
menggril, tekan butang hidup/mati dan cabut plag sesalur daripada soket dinding.
Nota: Jika anda tidak menggunakan butang + dan - untuk melaraskan suhu atau pemasa selama 45
minit, perkakas akan mati secara automatik atas sebab keselamatan.
Masa menggril
Dalam jadual pada penghujung buku kecil ini anda akan menemui beberapa jenis makanan yang anda
boleh masak pada gril meja ini. Jadual menunjukkan suhu mana untuk dipilih dan berapa lama
makanan perlu digril. Masa yang diperlukan untuk memanaskan perkakas tidak termasuk dalam masa
menggril yang ditunjukkan dalam jadual. Masa dan suhu menggril bergantung pada jenis makanan
yang anda sediakan (cth. daging), ketebalan dan suhunya dan juga atas cita rasa anda sendiri. Anda
juga boleh merujuk kepada penunjuk pada unit termostat.
BaHasa MElayu
41