Arahan Pencucian
Nota: Jika topeng anda mempunyai klik pelindung kepala magnetik, biarkannya dipasang
pada bingkai sebelum membersihkannya.
Harian: Cuci bahagian bukan fabrik dengan tangan.
Mingguan: Cuci bahagian fabrik dengan tangan.
1.
Basuh dengan menggunakan air suam dan detergen pencuci pinggan mangkuk cecair.
2.
Bilas sebersih-bersihnya.
3.
Keringkan sepenuhnya pada udara bilik sebelum digunakan.
Awas:
• Jangan bersihkan topeng menggunakan larutan peluntur, alkohol, larutan yang mengandungi
peluntur atau alkohol, atau larutan yang mengandungi pelembut atau pelembap.
• Periksa topeng untuk mengenal pasti kesan kerosakan atau kelusuhan (pecah, retak,
koyak, dll.). Buang dan gantikan sebarang komponen jika perlu.
• Sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan ini boleh menjejaskan prestasi produk.
Arahan Pencuci Pinggan Mangkuk
Mingguan: Selain itu, bahagian topeng bukan fabrik juga boleh dibersihkan di dalam mesin
pencuci pinggan mangkuk.
1. Tanggalkan komponen topeng.
2. Basuh bahagian bukan fabrik di dalam rak atas mesin pencuci pinggan mangkuk dengan
detergen pencuci pinggan mangkuk cecair.
3. Keringkan sepenuhnya pada udara bilik sebelum digunakan.
Awas:
Periksa topeng untuk mengenal pasti kesan kerosakan atau kelusuhan (pecah, retak, koyak, dll.).
Buang dan gantikan sebarang komponen jika perlu.
Penyahjangkitan di Institusi
Nota: Jika topeng anda mempunyai klip pelindung kepala magnetik, tanggalkannya daripada
bingkai sebelum penyahjangkitan di institusi. Rujuk pada bahagian Nyahpasang/Pasang Klip
Pelindung Kepala Magnetik untuk pengeluaran.
Rujuk Disinfection Guide for Professional Users (Panduan Penyahjangkitan untuk Pengguna
Profesional) untuk memproses semula alat antara pesakit dalam persekitaran klinikal. Akses versi
terkini Panduan Penyahjangkitan di www.healthcare.philips.com atau dengan menghubungi
khidmat pelanggan di talian 1-724-387-4000 atau Respironics Deutschland di talian
+49 8152 93060.
220