Penyelenggaran dan pembersihan
Pastikan pemutar skru sentiasa dalam keadaan bersih dan kering sepanjang masa bagi
memastikan pengendalian yang betul dan selamat. Lap sebarang kekotoran menggunakan
kain lembut yang dilembapkan dengan air. Jangan gunakan sebarang agen pembersih atau
pelarut.
Sentiasa pastikan mesin dan slot pengudaraan dalam keadaan bersih agar berfungsi dengan
selamat dan betul.
Bahasa MalaysiaProduk ini khusus untuk penggunakan domestik di rumah, bukan untuk
komersial atau ukuran layak yang dilakukan oleh profesional.
Simpan manual ini bagi kegunaan masa hadapan.
Pengeluar: IKEA Sweden AB
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
Bateri dan bateri boleh dicas semula bukan sisa isi rumah! Sebagai pengguna,
anda dikehendaki oleh undang-undang untuk melupuskan semua bateri dan
akumulator, sama ada bateri dan akumulator tersebut mengandungi bahan
berbahaya* atau tidak, di tempat pengumpulan dalam kawasan perbandaran/
kejiranan anda atau melalui entiti komersial yang menawarkan pelupusan bateri
supaya barang-barang ini boleh dilupuskan dengan cara yang mesra alam.
*ditandakan dengan: Cd = kadmium, Hg = merkuri, Pb = plumbum
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini harus dilupuskan berasingan
daripada bahan buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan untuk dikitar
semula selaras dengan peraturan alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada bahan buangan isi rumah, anda akan
membantu mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar ke tapak pelupusan dan
meminimumkan kesan negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia serta alam
sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi gedung IKEA anda.
67