Descargar Imprimir esta página

Nilfisk VL500 Serie Instrucciones De Uso página 226

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 75
2 Kawalan / Operasi
2.1
Memulakan dan
mengendalikan mesin
2.2
Melaraskan pemegang:
VL500 - 55
VL500 - 75
EDF
226
Bagi perkakas yang mempunyai dwi-penebat, dua sistem penebat
disediakan berbanding dengan sistem pembumian. Pembumian tidak
disediakan pada perkakas yang mempunyai dwi-penebat, kemudahan
ini juga tidak perlu untuk ditambah kepada perkakas tersebut. Kerja-
kerja penyelenggaraan ke atas perkakas dwi-penebat memerlukan
perhatian yang lebih serta pengetahuan yang tinggi tentang sistem
tersebut, dan perlu dilakukan hanya oleh mereka yang berkelayakan.
Penggantian alat ganti untuk perkakas dwi-penebat mestilah sama
dengan bahagian yang digantikan. Perkakas yang mempunyai dwi-
penebat akan ditandakan dengan "DWI-PENEBAT" atau "PENEBAT
BERGANDA." Simbol (persegi dalam satu segiempat sama) juga boleh
digunakan pada produk tersebut.
Mesin ini dilengkapi dengan kord khas dan sekiranya ia rosak, kord
tersebut hendaklah diganti dengan jenis kord yang sama. Ianya boleh
didapati di pusat perkhidmatan dan wakil penjual dan hendaklah
dipasang oleh kakitangan yang terlatih.
Pembersih kering hendaklah sentiasa mempunyai karung
penapis dipasang di dalam mesin. Pembersih basah
hendaklah sentiasa mempunyai Penapis Katrij, Penapis
Basah dan Sistem Terapung dipasang dalam mesin
semasa dalam operasi BASAH DAN KERING. Sila ambil
perhatian bahawa faktor isi pada bekas mungkin berbeza-
beza apabila menggunakan penapis karung semasa
operasi ambilan basah.
Bersihkan peranti pembatas paras air secara kerap dan
semak bagi sebarang kesan kerosakan.
Mesin ini hendaklah disimpan dalam bangunan sahaja.
Periksa bahawa suis elektrik dimatikan (dalam kedudukan 0). Periksa
bahawa penapis yang sesuai dipasang di dalam mesin. Kemudian
sambungkan hos sedutan salur masuk sedutan pada mesin dengan
menolak hos ke hadapan sehingga ia masuk dengan kukuh di tempat
di salur masuk. Kemudian sambung dua tiub dengan tangkai hos,
putarkan tiub untuk memastikan bahawa ianya dipasang dengan
betul. Pasangkan muncung yang sesuai untuk tiub. Pilihan muncung
bergantung kepada apa jenis bahan yang akan dikutip. Sambungkan
palam ke dalam soket elektrik yang betul. Letakkan suis elektrik ke
dalam kedudukan 1 untuk memulakan motor. Beberapa kelainan
mempunyai dua motor / unit kipas dan dua suis elektrik - satu suis
untuk setiap motor.
Pemegangnya boleh diselaraskan untuk ketinggian kerja yang
bersesuaian. Mulakan dengan melonggarkan dua kurungan pengunci
pada setiap sisi pemegangnya. Kemudian melaraskan pemegang
dengan menggerakkannya ke atas atau ke bawah sehingga sudut yang
betul ditemui. Ketatkan kedua-dua braket mengunci sekali lagi untuk
mengunci pemegangnya.
AWAS
Terjemahan manual asal

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

Vl500 35Vl500 55Vl500 75