Descargar Imprimir esta página

Nespresso Pixie Manual De Instrucciones página 93

Ocultar thumbs Ver también para Pixie:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 21
hentikan penyediaan, kemudian cabutkan
palam dari soket kuasa.
• Jangan sekali-kali menyentuh wayar
dengan tangan yang basah.
• Jangan sekali-kali merendamkan perkakas
atau sebahagian daripadanya di dalam air
atau cecair lain.
• Jangan sekali-kali meletakkan perkakas
atau sebahagian daripadanya dalam
mesin pembasuh pinggan.
• Elektrik bersama air adalah berbahaya dan
boleh membawa kepada renjatan elektrik
maut.
• Jangan buka perkakas. Voltan berbahaya
di dalam!
• Jangan letakkan apa-apa ke dalam
mana-mana ruang yang terbuka. Berbuat
demikian boleh menyebabkan kebakaran
atau renjatan elektrik!
• Penggunaan aksesori yang tidak disyorkan
oleh pengilang boleh mengakibatkan
keadaan mesin yang tidak selamat.
Elakkan kemungkinan kecederaan
apabila mengendalikan perkakas.
• Jangan biarkan perkakas beroperasi tanpa
pengawasan.
• Jangan gunakan perkakas jika ia rosak
atau tidak berfungsi dengan sempurna.
Tanggalkan palam dari soket kuasa
dengan segera. Hubungi Nespresso atau
wakil sah Nespresso untuk pemeriksaan,
pembaikan atau pelarasan.
• Semasa membuka mesin, buka semua
bahan perlindungan.
• Perkakas yang rosak boleh menyebabkan
renjatan elektrik, terbakar dan kebakaran.
• Risiko melecur oleh cecair panas. jika
mesin dipaksa buka, cecair panas dan
serbuk kopi mungkin terpercik. Sentiasa
kunci sistem sepenuhnya dan jangan
sekali-kali membukanya semasa operasi.
• Sentiasa tutup tuil sepenuhnya dan jangan
sekali-kali mengangkatnya semasa operasi.
Melecur mungkin berlaku.
• Jangan letakkan jejari di bawah alur keluar
kopi, risiko melecur.
• Jangan masukkan jari ke dalam petak
kapsul apabila kepala mesin sedang tutup.
Risiko kecederaan.
• Jangan masukkan jejari ke dalam
ruang kapsul atau alur kapsul. Bahaya
kecederaan!
Koleksi Vertuo: berhati-hati, jangan
mencederakan diri anda pada bucu tajam
atau jari anda terperangkap apabila
mencapai bahagian dalam mesin.
Koleksi Original: air mungkin mengalir
di sekeliling kapsul apabila tidak ditebuk
oleh bilah dan merosakkan peralatan.
Jika kapsul disekat dalam kawasan kapsul,
matikan mesin dan cabut palam sebelum
sebarang operasi. Hubungi Nespresso
atau wakil sah Nespresso.
• Jangan sesekali menggunakan kapsul
yang yang sudah digunakan, rosak atau
berbentuk cacat.
• Isikan tangki air dengan air segar yang
boleh diminum sahaja.
• Jangan gunakan sebarang cecair lain
(seperti susu lembu, susu soya, susu
diperkaya, cecair berperisa, dan lain-lain).
93

Publicidad

loading