Keselamatan Bateri - Husqvarna 120iTK4-P Manual De Usuario

Ocultar thumbs Ver también para 120iTK4-P:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 79
pengasahan meningkatkan risiko lantunan dengan
ketara.
Jika anda menghadapi situasi yang anda kurang
pasti tindakan seterusnya, anda hendaklah bertanya
kepada pakar. Hubungi pengedar atau bengkel
servis anda. Elakkan semua penggunaan yang anda
anggap di luar keupayaan anda.
Elakkan semua penggunaan yang anda anggap di
luar keupayaan anda.
Jangan gunakan produk jika anda penat, semasa di
bawah pengaruh alkohol atau dadah, ubat atau apa-
apa yang boleh mempengaruhi penglihatan,
kesedaran, koordinasi atau pertimbangan.
Produk boleh terpelanting dengan kasar ke sebelah
apabila hujung bar panduan bersentuhan dengan
objek tetap. Ini dikenali sebagai lantunan. Lantunan
boleh menyebabkan produk/pengendali terpelanting
ke mana-mana arah dan kemungkinan kehilangan
kawalan bagi produk. Elakkan daripada memotong
dengan hujung bar panduan.
Jangan gunakan produk melainkan anda dapat
meminta bantuan sekiranya berlaku kemalangan.
Seimbangkan badan dan berpijak dengan kukuh.
Pastikan anda boleh bergerak dan berdiri dengan
selamat. Periksa kawasan di sekeliling anda untuk
mengesan halangan (akar, batu, dahan, parit dan
lain-lain) sekiranya anda tiba-tiba perlu bergerak.
Berhati-hati semasa anda bekerja di permukaan
bercerun.
Sentiasa periksa kawasan kerja. Keluarkan semua
objek longgar seperti batu, serpihan kaca, paku,
wayar keluli, tali dan lain-lain yang mungkin terkeluar
atau terlilit di sekeliling sambungan pemotong.
Berhati-hati semasa memotong pokok yang berada
dalam ketegangan. Pokok yang berada dalam
ketegangan mungkin melantun kembali ke
kedudukan normal sebelum atau selepas dipotong.
Sekiranya letak kedudukan diri anda tidak betul atau
anda membuat potongan di tempat yang salah,
pokok itu mungkin akan terkena pada anda atau
produk dan menyebabkan anda kehilangan kawalan.
Kedua-dua situasi boleh menyebabkan kecederaan
teruk.
Pastikan kedudukan badan seimbang dan kaki kejap
di tanah.
Gunakan abah-abah untuk menyokong berat produk
dan menjadikannya lebih mudah untuk dikendalikan.
Pastikan anda memegang produk dengan kedua-
dua belah tangan pada setiap masa. Gantung
produk di sisi kanan badan anda.
707 - 008 - 06.04.2021
Hentikan produk sebelum anda bergerak ke
kawasan lain. Pasang pelindung pengangkutan
sebelum membawa atau mengangkut produk ke
mana-mana tempat lain.
Jangan letakkan produk apabila produk diaktifkan
melainkan anda dapat mengawasinya.
Jika produk yang dikendalikan pada suhu di bawah
-10°C, produk dan bateri perlu disimpan dalam
ruang yang panas sekurang-kurangnya 24 jam
sebelum kerja dimulakan.
Jangan sekali-kali berdiri betul-betul di bawah dahan
yang sedang dipotong. Ini boleh mendatangkan
kecederaan yang serius atau membawa maut.
Perhatikan peraturan keselamatan yang berkenaan
untuk bekerja di sekitar kawasan di bawah talian
elektrik.
Produk ini tidak bertebat elektrik. Jika produk
bersentuhan atau berada terlalu dekat dengan kabel
elektrik voltan tinggi, ini boleh mengakibatkan maut
atau kecederaan yang serius. Tenaga elektrik boleh
melompat dari satu titik ke titik yang lain dengan
pengarkaan. Semakin tinggi voltan, semakin jauh
jarak elektrik boleh melompat. Tenaga elektrik juga
boleh mengalir melalui ranting dan objek lain,
terutamanya jika ia basah. Pastikan jarak sekurang-
kurangnya 10 m setiap masa di antara produk dan
kabel elektrik voltan tinggi dan/atau objek yang
menyentuhnya. Setiap kali anda perlu melakukan
kerja dalam jarak selamat ini, anda hendaklah
menghubungi syarikat bekalan elektrik yang
berkaitan bagi memastikan tenaga elektrik dimatikan
sebelum memulakan kerja.
Sambungan memotong yang rosak boleh
meningkatkan risiko kemalangan.

Keselamatan bateri

AMARAN:
sebelum anda menggunakan produk ini.
Bateri yang disyorkan ialah BLi10. Bateri disulitkan
dengan perisian.
Gunakan bateri BLi10 yang boleh dicas semula
sebagai bekalan kuasa untuk produk Husqvarna
yang berkenaan sahaja. Untuk mengelakkan
kecederaan, jangan gunakan bateri sebagai bekalan
kuasa bagi peranti lain.
Baca arahan amaran berikut
649

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido