Jangan sentuh dengan tangan yang basah.
- Tindakan ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik
atau nyalaan api disebabkan litar pintas.
Jangan pasang di hospital atau tempat yang
mempunyai peranti perubatan elektronik.
- Gelombang radio yang terpancar daripada penyesuai
ini mungkin mengganggu peranti perubatan elektronik
dan menyebabkan kerosakan.
Jangan pasang penyesuai di tempat yang boleh
dicapai kanak-kanak.
- Mereka mungkin menariknya atau menyebabkan
kecederaan.
Jangan lap dengan kain basah atau membasuhnya.
- Tindakan ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik
atau nyalaan api.
AMARAN
Peralatan ini bukan untuk kegunaan individu
(termasuk kanak-kanak) yang kurang keupayaan
fi zikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman
dan pengetahuan, melainkan mereka diawasi
atau diberi arahan tentang cara penggunaan
peralatan oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka. Kanak-kanak harus diawasi
bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat
ini.
Pemasangan hanya boleh dilakukan oleh pihak
penjual atau pemasang.
- Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau nyalaan
api.
Putuskan bekalan kuasa apabila memasang
penyesuai ini.
- Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Gunakan bahagian yang ditentukan sahaja semasa
memasang penyesuai dan lakukan pemasangan
yang betul mengikut arahan.
- Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau nyalaan api.
Pastikan kabel dipasang dengan betul supaya ia
tidak terjejas dengan daya luaran.
- Ia boleh menyebabkan kepanasan melampau yang
boleh mengakibatkan nyalaan api.
Berhenti menggunakannya sebaik sahaja anda
menyedari apa-apa masalah atau kerosakan
dan putuskan bekalan elektrik ke perkakas yang
disambungkan.
- Ia boleh menyebabkan asap, nyalaan api, kejutan
elektrik atau kebakaran.
- Contoh masalah dan kerosakan
• Terdapat bau terbakar
• Terdapat air atau objek asing di dalamnya
Minta pihak penjual atau pemasang melakukan
pembaikan dengan segera.
Penyesuai adalah untuk kegunaan dalaman sahaja.
Jangan pasang di luar atau di lokasi yang tidak
selamat.
- Ia boleh menjadi titik entri bagi capaian rangkaian
tanpa kebenaran.
Jangan pasang di lokasi yang terdedah kepada
cahaya matahari secara terus yang mungkin
mempunyai suhu melebihi 40°C atau serendah 0°C.
- Tindakan ini boleh menyebabkan perubahan bentuk.
Jangan pasang di lokasi yang berminyak, berwap
atau tercemar dengan gas sulfurus.
- Tindakan ini boleh menjejaskan prestasi atau
menyebabkan perubahan bentuk.
Sebelum menyambungkan wayar dan kabel,
lepaskan apa-apa bekalan elektrik statik.
- Ia boleh menyebabkan kerosakan.
3
AWAS