SC UNO/DUO
Arahan Pengendalian
Pencuci tekanan tinggi ini telah dibangunkan untuk
kegunaan profesional dalam bidang:
-
pertanian, industri ringan, pengangkutan, bangunan
dan pembinaan, perkhidmatan
Pencuci tekanan tinggi ini hanya boleh digunakan untuk
tujuan yang diterangkan dalam manual ini.
Mengenai seksyen berikut:
A - Pemasangan
B - Operasi
C - Penyelenggaraan
sila rujuk gambar di bahagian depan manual.
A - Pemasangan
Sebelum memulakan
SILA BACA ARAHAN KESELAMATAN SEBELUM
MENGGUNAKANNYA!
Elemen pengendalian:
1. Sambungan air dengan penapis
2. Suis utama
3. Butang mula
4. Butang henti
5. Tolok tekanan
6. Sambungan hos tekanan tinggi
7. Kabel elektrik
8. Palam servis
9. Pembilang jam
10. Bekas minyak
A.1 Keadaan suhu
Mesin hendaklah dipasang di dalam bilik bebas fros.
Ini terpakai kepada pam serta saluran paip termasuk
titik salur keluar. Berkaitan titik salur keluar luar, ia
seharusnya boleh menutup dan mengosongkan bahagian
saluran yang terdedah kepada fros.
Suhu ambien maksimum untuk mesin adalah 40°C.
A.2 Keadaan jarak
Mengambil kira sistem penyejukan mesin dan akses
kepada perkhidmatan, perlu ada ruang dinding bebas di
kedua-dua sisi mesin. Ke sebelah kanan 500 mm paling
minimum dan ke sebelah kiri 150 mm paling minimum.
SC UNO:
Ketinggian pemasangan yang disyorkan untuk mesin
adalah maksimum 1700 mm yang diukur dari bahagian
atas mesin.
A.3 Pemasangan dinding
SC UNO:
Hanya pasang mesin pada binaan dinding yang kukuh
yang sesuai untuk pemasangan mesin iaitu dinding
konkrit atau batu-bata.
Jangan pasang mesin pada dinding yang akan
menyebabkan gangguan dalam bilik lain yang
Terjemahan Manual Arahan asal
bersebelahan (kantin, pejabat dll.)
SC DUO:
Letakkan mesin di atas lantai yang rata.
Kaki mesin telah dipasang di bawah mesin. Ini mesti
dilaraskan supaya mesin boleh berdiri tegak dengan
stabil. Kakinya boleh diskrukan ke lantai.
A.4 Sambungan air
Sambungan air dibuat melalui hos fl eksibel yang
disambungkan ke gandingan cepat pada salur masuk air
(1) pada mesin.
Sambungan boleh dibuat ke rangkaian bekalan air atau
bekalan air dalaman. Picu penutup perlu dipasang pada
rangkaian bekalan air di kawasan berdekatan mesin.
Tekanan air maksimum: 10 bar
Tekanan air minimum: 1 bar
Suhu salur masuk air maksimum: Lihat Spesifi kasi
Teknikal.
Jika terdapat risiko pasir bergerak atau kekotoran lain
di dalam air salur masuk, penapis pasir (50 mikron)
perlu dipasang melepasi penapis dalaman pada mesin
(untuk data sambungan lanjut lihat seksyen Spesifi kasi
Teknikal).
Bersihkan penapis salur masuk air (1) sekali setiap bulan.
A.5 Sambungan kuasa utama
Sambung mesin ke suis keselamatan yang diluluskan.
Semak voltan, fi us dan kabel menurut Arahan
Keselamatan.
Penggunaan kuasa tertumpu data sambungan boleh
diambil daripada tag model pada mesin.
A.6 Sambungan tekanan tinggi
PENTING: Apabila menyambung ke saluran paip
sentiasa gunakan sambungan hos fl eksibel dari salur
keluar mesin (pos 6.) - no. pesanan 6300843. Hubungi
pengedar Nilfi sk anda untuk maklumat lanjut.
Salur keluar mesin boleh disambungkan ke saluran paip
dengan titik salur keluar tetap, atau hos tekanan tinggi
standard boleh disambungkan terus ke salur keluar
mesin.
Adalah disyorkan agar membenarkan juruteknik servis
yang diluluskan oleh Nilfi sk menyediakan saluran paip.
A.7 Pelohongan
SC UNO:
Pusing suis utama (2) ke kedudukan - 1 -. Buka titik salur
keluar. Tekan butang mula berwarna hijau (3).
SC UNO 5M-L: Tukar suis utama ke kedudukan - I -.
Buka titik salur keluar.
Biarkan air mengalir sehingga semua udara telah keluar
dari pam (aliran air sekata).
Dalam kes sistem yang baru dipasang, atau jika saluran
paip dan pam telah dikosongkan menggunakan mana-
mana cara yang lain, sistem perlu dilohongkan dengan
memulakan pam dan membiarkan air mengalir pada
MS
157