Iqua BHS-802 Manual Del Usuario página 25

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 11
Lihat Rajah 1 dan Rajah 2
Gambaran keseluruhan produk
1. Bebutang multifunction Mengendalikan fungsi panggilan
2. Bebutang Volume +
3. Bebutang Volume -
4. Penyambung Mini USB Mengecas set kepala
5. Lampu Penunjuk Petunjuk status dengan lampu merah/ biru
6. Penyumbat telinga
7. Mikrofon
8. Penyambung Mini USB Mengecas dan memegang set kepala
9. Penyambung Mini USB Mengecas set kepala dan penatang
10.Lampu Penunjuk Petunjuk status dengan lampu merah
Kandungan pakej jualan
a. Set kepala
b. Penatang
c. Pengecas dinding
d. Risalah panduan pengguna
e. 2 penyumbat telinga berlainan saiz (1 terpasang pada set kepala)
f. Pelekat Velcro
g. Plat getah
h. Kalung
Bermula
Mengecas bateri
Sebelum menggunakan BHS-802, anda hendaklah terlebih dahulu mengecas set kepala
kira-kira 2 jam atau mengecas set kepala bersama penatangnya kira-kita 3 jam. Apabila
sudah tercas sepenuhnya, set kepala ini memberikan masa bercakap sehingga 4.5 jam dan
masa tunggu sedia sehingga 130 jam. Apabila mengecas bersama penatangnya anda boleh
mempunyai masa bercakap sehingga 6.5 jam dan masa tunggu sedia sehingga 190 jam.
Sentiasa gunakan pengecas yang disediakan dalam pakej jualan.
1. Sambungkan kabel pengecas kepada BHS-802 atau penatangnya.
2. Pasangkan palam pengecas ke soket dinding. Lampu LED merah akan menyala
berterusan.
3. Apabila bateri telah tercas sepenuhnya, lampu LED merah akan padam.
Menghidup dan mematikan
Untuk menghidupkan BHS-802
Apabila set kepala mati, tekan dan tahan bebutang Multifunction sehingga lampu
merahnya berkelip sekali.
Untuk mematikan BHS-802
Apabila set kepala hidup, tekan bebutang Multifunction sehingga lampu merahnya
berkelip sekali dan kemudian padam.
Memasangkan set kepala Bluetooth dengan telefon bimbit Bluetooth
Pemasangan adalah proses menghubungkan BHS-802 kepada telefon bimbit berdaya
Bluetooth anda. Setelah proses ini selesai, anda boleh menggunakan BHS-802
bersama dengan telefon bimbit yang telah dipasangkan dengannya. Jika anda ingin
menggunakan BHS-802 dengan telefon bimbit lain, anda hendaklah mengulangi proses
pemasangan. Walaupun BHS-802 boleh dipasangkan dengan 8 telefon serasi, ia
hanya boleh bersambung kepada satu telefon sahaja pada satu-satu masa. Apabila
ia telah dipasangkan dengan 8 telefon, peranti kesembilan yang dipasangkan akan
menggantikan peranti pertama yang dipasangkan dengannya.
1. Apabila set kepala mati, tekan dan tahan bebutang Multifunction sehingga lampu biru
dan merahnya mula berkelip secara berganti-ganti.
2. Lepaskan bebutang tadi. BHS-802 telah berada dalam mod pasangan sekarang ini,
menunggu telefon bimbit anda menghubunginya.
3. Lengkapkan pemasangan dengan telefon bimbit anda. Sila rujuk kepada manual telefon
bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mencari dan memasang. Apabila
telefon telah menjumpai set kepala, ia akan memaparkan Iqua Blade pada skrinnya.
Untuk memasangkannya dengan telefon, masukkan kod PIN 0000.
4. Setelah selesai pemasangan, BHS-802 akan bersambung ke telefon bimbit anda
secara automatik. Walaupun setelah selesai pemasangan, sesetengah telefon
tidak bersambung kepada set kepala secara automatik. Jika ini berlaku, sila pastikan
bahawa anda telah menyambungkan telefon ke set kepala (sila rujuk kepada manual
telefon bimbit anda). Setelah pemasangan dan penyambungan selesai, lampu biru
mula berkelip perlahan-lahan.
* Untuk maklumat keserasian terkini sila lawati www.iqua.com
Memutuskan sambungan BHS-802 dari telefon anda
Cara termudah untuk memutuskan sambungan antara BHS-802 dan telefon anda adalah
dengan mematikan BHS-802.
Menyambungkan semula BHS-802 yang telah dipasangkan dengan telefon anda
Untuk menyambungkan semula BHS-802 kepada telefon terakhir yang bersambung
dengannya sebelum ini, hidupkan set kepala dan ia akan bersambung kepada telefon
anda secara automatik. Ataupun, anda boleh membuat sambungan melalui menu telefon
seperti yang diarahkan dalam risalah panduan pengguna telefon anda. Anda boleh
mengaktifkan semula penyambungan semula dengan menekan bebutang Multifunction.
Fungsi Panggilan
Menjawab panggilan
Apabila anda menerima panggilan, anda akan mendengar nada dering melalui set
kepala. Tekan bebutang Multifunction untuk menjawab panggilan masuk. Anda akan
mendengar nada apabila panggilan telah dijawab.
Menamatkan panggilan
Untuk menamatkan panggilan aktif, tekan butang Multifunction. Anda akan mendengar
nada apabila panggilan telah ditamatkan.
Menolak panggilan
Apabila anda menerima panggilan masuk yang tidak ingin dijawab, tekan bebutang
Multifunction sehingga anda mendengar bunyi yang menandakan panggilan tersebut
telah ditolak.
Mendail semula nombor terakhir yang didail
Untuk membuat panggilan ke nombor terakhir yang didail, tekan bebutang Vol+ semasa
tiada panggilan. Anda akan mendengar nada apabila panggilan sedang dibuat. Sila
ambil perhatian bahawa sesetengah telefon tidak menyokong pendailan semula. Dengan
sesetengah model telefon, tekan bebutang Vol+ sekali lagi untuk mendail nombor yang
terpapar pada skrin telefon.
Pendailan suara (jika disokong oleh telefon)
Untuk mengaktifkan fungsi pendailan suara telefon anda, tekan bebutang Vol- semasa
tiada panggilan. Anda akan mendengar nada. Ini menunjukkan yang anda boleh mula
merakamkan tag suara. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada manual telefon bimbit
anda. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah telefon tidak menyokong pendailan suara.
Menunggu Panggilan
Semasa anda sedang berbual, jika ada panggilan baru masuk dan anda ingin menjawab
panggilan tersebut, anda boleh memberhentikan seketika panggilan semasa untuk
menjawab panggilan masuk dengan menekan bebutang multifunction. Anda akan
mendengar bunyi apabila panggilan baru telah dijawab. Apabila anda ingin menamatkan
panggilan baru dan beralih ke panggilan yang sebelumnya tekan bebutang Multifunction
sehingga panggilan dipindahkan.
Pemindahan Panggilan (jika disokong oleh telefon)
Untuk memindahkan panggilan aktif dari BHS-802 ke telefon bimbit anda, tekan
bebutang Vol+ sehingga anda mendengar bunyi yang menandakan panggilan telah
All manuals and user guides at all-guides.com
25
Spesifi kasi Produk
Model
BHS-802
Saiz set kepala
58.4 x 15.3 x 8.4 mm
Saiz penatang
12x 40mmФ
Berat
10 g
Masa berbual
Sehingga 4.5 jam dengan set kepala sahaja,
dan sehingga 6.5 jam dengan set kepala dan penatangnya
Masa tunggu sedia
Sehingga 130 jam dengan set kepala sahaja,
dan sehingga 190 jam dengan set kepala dan penatangnya
Masa mengecas
Dalam masa 2 jam (caj set kepala atau penatang sahaja)
Dalam masa 3 jam (caj set kepala bersama penatangnya)
Jenis bateri
Bateri Li-Polimer
Standard Bluetooth
Bluetooth 2.0+EDR
Profi l BT yang disokong
Handsfree (HFP) 1.5 dan
Headset (HSP) 1.1
Peranti terpasang
Sehingga 8, satu dalam satu-satu masa.
Jarak Kendalian
10 meter
Julat suhu kendalian
-20°C hingga +70°C
Julat suhu penyimpanan
-40°C to +85°C
dipindahkan ke telefon anda. Untuk memindahkan panggilan aktif dari telefon bimbit
anda ke BHS-80, tekan bebutang Vol+ sehingga anda mendengar bunyi atau gunakan
fungsi pada telefon anda seperti yang diarahkan dalam risalah panduan penggunanya.
Melaraskan bunyi
Tekan bebutang Vol+ untuk menguatkan bunyi. Tekan bebutang Vol- untuk
memperlahankan bunyi.
Bisukan panggilan aktif
Anda boleh membisukan BHS-802 semasa berbual dengan menekan bebutang Vol-
sehingga anda mendengar nada. Anda boleh menyahbisukan panggilan dengan
menekan bebutang Vol- .
Memadam Peranti Terpasang
BHS-802 boleh dipasangkan dengan 8 peranti Bluetooth. Untuk mengesetkan semula
senarai pasangan kepada BHS-802, tekan dan tahan kedua-dua bebutang Vol+ dan Vol-
serentak.
Ringkasan petunjuk lampu
Lampu LED set kepala BHS-802 boleh jadi merah atau biru dan kebiasaannya ia disertai
dengan isyarat bunyi. Lampu LED penatang ialah merah.
Ada kuasa
Tiada kuasa
Tunggu sedia tetapi tiada sambungan Bluetooth
Sambungan Bluetooth hidup
Mod pasangan
Pengecasan bateri
Bateri tercas penuh
Pengurusan kuasa
Produk ini dibekali kuasa oleh bateri boleh cas terbina dalam yang tidak boleh diganti.
Jangan sesekali cuba mengganti bateri. Bateri boleh cas boleh dicas dan dinyahcas
beratus-ratus kali, tetapi lama-kelamaan ia akan haus. Selepas suatu tempoh masa yang
berbeza-beza bergantung kepada keadaan penggunaannya, anda akan dapati bateri
terbina dalam ini hanya mampu membekalkan kuasa kepada peralatan anda untuk dua
jam sahaja dan ia memerlukan anda mengecasnya dengan lebih kerap lagi.
Cas peranti anda dengan menggunakan pengecas yang disediakan dalam pakej
jualan ini sahaja. Cabut palam pengecas jika tidak digunakan. Jangan biarkan peranti
bersambung kepada pengecas lebih lama daripada masa yang diperlukan, kerana
pengecasan berlebihan mungkin memendekkan jangka hayat bateri.
Jika dibiarkan tidak digunakan bateri yang tercas penuh akan menyahcas sendiri
mengikut masa.
Tinggi rendah suhu yang melampau boleh menjejaskan keupayaan pengecasan bateri.
Sentiasa pastikan peranti berada dalam keadaan suhu antara 15 °C dan 25 °C (59 °
F dan 77 °F). Meninggalkan peranti di dalam tempat yang panas atau sejuk seperti di
dalam kereta tertutup pada musim panas atau sejuk akan mengurangkan keupayaan
dan memendekkan jangka hayat bateri. Peranti yang baterinya panas atau sejuk
mungkin tidak dapat berfungsi seketika walaupun bateri itu tercas penuh. Prestasi bateri
sangat terhad dalam telaga suhu di bawah takat beku. Jangan cas bateri di dalam
persekitaran yang lembap.
Penjagaan dan Penyelenggaraan
– Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau lembapan kerana ia tidak kalis air.
– Jangan guna atau simpan peranti di dalam tempat yang berhabuk dan
kotor. Bahagian boleh gerak dan komponen elektroniknya boleh rosak.
– Jangan simpan peranti di tempat panas. Suhu tinggi boleh memendekkan
jangka hayat peranti elektronik, merosakkan bateri dan meleding atau
mencairkan sesetengah plastik.
– Jangan simpan peranti di tempat sejuk. Apabila peranti kembali ke suhu
normalnya, lembapan mungkin akan terbentuk di dalam peranti dan
merosakkan papan litar elektroniknya.
– Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian yang kasar
boleh mematahkan papan litar dan bahagian mekanik halusnya.
– Jangan gunakan bahan kimia, pelarut atau bahan pencuci yang kuat untuk
membersihkan peranti ini.
– Gunakan kain yang lembut, bersih dan kering untuk membersihkan kanta-
kantanya.
– Jangan dedahkan peranti anda kepada sentuhan dengan objek tajam
kerana ini akan menyebabkan calar dan kerosakan.
– Jangan lekatkan apa-apa di bahagian dalam peranti kerana ini boleh
merosakkan komponen dalamnya.
– Jangan buka peranti atau pengecas kerana kedua-duanya tidak mempunyai
bahagian yang perlu diservis dan dengan membukanya anda mungkin
terdedah kepada voltan berbahaya atau bahaya lain.
– Bertindak mengikut undang-undang dan peraturan tempatan dan jangan
buang produk ini sebagai sebahagian daripada buangan isi rumah biasa.
Ikut sistem pungutan berasingan yang berkenaan bagi barangan elektrik
dan elektronik.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan bagi Produk IQUA saya?
Jika anda yakin anda layak mendapatkan perkhidmatan pembaikan atau ganti bagi produk
IQUA anda berdasarkan hak berkanun di bawah undang-undang negara yang boleh
dikenakan berkaitan penjualan barangan konsumer atau jaminan yang diberikan oleh wakil
penjual yang telah menjual Produk IQUA ini kepada anda, sila hubungi wakil penjual anda.
AKUAN PEMATUHAN
Kami, Iqua Ltd., mengaku di bawah tanggungjawab kami sendiri, bahawa produk ini,
BHS-802, mematuhi peruntukan-peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC. Salinan
Akuan Pematuhan ini boleh didapati di http://www.iqua.com/declaration_of_conformity
Copyright © 2008 Iqua Ltd
MY
Lampu merah berkelip sekali
Lampu merah berkelip sekali
kemudian padam
Lampu biru berkelip-kelip
Lampu biru berkelip perlahan
Lampu biru dan merah berkelip
berganti-ganti
Lampu merah menyala berterusan
Lampu merah padam

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido