Descargar Imprimir esta página

DJI D6000i Guía De Usuario página 64

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 91
Item Semakan Penting
1. Semak tahap bahan api: Isi tangki bahan api sebelum pengendalian untuk mengurangkan kemungkinan
operasi terganggu oleh tahap bahan api yang rendah.
2. Semak paras minyak enjin: Penggunaan pada paras minyak enjin yang rendah akan menyebabkan
kerosakan pada enjin. Apabila jumlah minyak enjin turun di bawah paras keselamatan, sensor minyak enjin
terbina dalam akan menghentikan fungsi enjin. Semak paras minyak enjin sebelum setiap pengendalian
untuk mengelakkan kesulitan yang disebabkan oleh kegagalan yang tidak dijangka.
3. Semak bahagian penapis span pada penapis udara: Bahagian penapis span yang kotor mengurangkan
jumlah udara yang memasuki karburetor yang seterusnya mengurangkan prestasi penjana.
Menggunakan Penjana
Pengaktifan
Penjana perlu diaktifkan sebelum penggunaan kali pertama. Sambungkan alat kawalan jauh kepada internet
terlebih dahulu. Gunakan kabel USB-C untuk menyambung kepada penyambung USB-C penjana serta
penyambung USB-A alat kawalan jauh. Mulakan aplikasi DJI Agras pada alat kawalan jauh dan ketik
sudut kiri atas antara muka utama untuk memasuki antara muka peranti pengecas dan mengaktifkan penjana.
• Pada aras tinggi (1000 m atau lebih daripada aras laut), karburetor standard akan menghasilkan campuran bahan api/
udara pekat yang akan mengurangkan prestasi enjin dan meningkatkan penggunaan bahan api. Campuran bahan api/
udara pekat akan turut mencemarkan palam pencucuh dan penjana akan menjadi sukar dihidupkan.
• Untuk menggunakan penjana pada ketinggian 1000 m atau lebih daripada aras laut, hubungi pengedar sah DJI atau
Sokongan DJI untuk menggantikan kit karburetor altitud tinggi. Kemudian, gunakan kabel USB-C untuk sambungan
kepada penyambung USB-C penjana serta penyambung USB-A alat kawalan jauh.
• Campuran bahan api/udara bagi kit karburetor altitud tinggi akan menjadi terlalu nipis untuk digunakan pada paras
rendah (kurang daripada 1000 m) dan akan menyebabkan enjin menjadi terlalu panas serta mengalami kerosakan
teruk. Untuk kembali menggunakan penjana pada altitud rendah, sila hubungi pengedar sah DJI atau Sokongan DJI
untuk menggantikan kit karburetor altitud tinggi dengan kit altitud rendah. Kemudian, gunakan kabel USB-C untuk
sambungan kepada penyambung USB-C penjana serta penyambung USB-A alat kawalan jauh.
Menghidupkan Penjana
1. JANGAN sambungkan kepada mana-mana peranti elektrik sebelum menghidupkan penjana.
2. Pastikan enjin telah diisi dengan minyak enjin dan tangki bahan api diisi dengan bahan api tidak kurang
daripada 1L.
3. Putar injap bahan api ke kedudukan ON.
4. Sambungkan kabel pengecas kepada Bateri Penerbangan Pintar yang dimatikan. Tekan butang kuasa,
kemudian tekan dan tahan butang yang sama sekali lagi untuk menghidupkan alat kawalan jauh.
Penjana Penyongsang Pelbagai Fungsi D6000i boleh disambungkan kepada Bateri Penerbangan Pintar
T40/T30/T20P.
5. Gerakkan suis enjin ke kedudukan Mula dan tahan suis sekurang-kurangnya selama 3 saat sebelum
melepaskannya. Suis enjin akan kembali ke kedudukan ON dan penjana akan dimulakan secara automatik.
6. Penjana akan mula mengecas bateri. Setiap satu daripada empat LED bateri akan berkelip secara berturut-
turut sewaktu pengecasan. Tanggalkan bateri apabila empat LED bertukar kepada padu atau mati,
kemudian sambungkan bateri lain untuk dicas.
• Bateri perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum disambungkan kepada penjana.
• Penjana akan cuba menghidupkan suis enjin secara automatik, maksimum sebanyak tiga kali setiap kali suis dialihkan
kepada kedudukan Mula dengan selang lima saat antara setiap percubaan. Jika penjana gagal dihidupkan selepas
tiga percubaan automatik atau berhenti sejurus selepas dimulakan, sambungkan penjana kepada alat kawalan jauh
untuk melihat maklumat lanjut mengenai kerosakan ini.
• Jika terdapat sebarang peranti elektrik yang berfungsi bersambung kepada salur keluar AC semasa mengecas bateri,
kapasiti pengecasan untuk bateri akan berkurangan dengan sewajarnya dan masa pengecasan akan dilanjutkan.
pada
63

Publicidad

loading