Menghentikan Penjana
1. Matikan semua peranti elektrik yang disambungkan.
2. Alihkan suis enjin ke kedudukan OFF dan penjana akan berhenti berfungsi.
3. Putuskan sambungan semua peranti elektrik yang disambungkan.
4. Putar injap bahan api ke kedudukan OFF.
Penyimpanan dan Penyelenggaraan
Penyimpanan
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk penyimpanan jika penjana tidak
akan digunakan selama melebihi 30 hari.
1. Sebelum menyimpannya, hidupkan penjana dan biarkan penjana
berfungsi selama lima hingga sepuluh minit untuk pemanasan.
Seterusnya, matikan penjana untuk menyalurkan minyak enjin.
2. Keluarkan hos saluran minyak enjin dan putarkan penutup secara
berlawanan arah jam untuk membuka. Tunggu sehingga minyak
disalurkan keluar sepenuhnya.
JANGAN sentuh minyak enjin yang panas untuk mengelakkan
daripada melecur.
3. Pasang dan ketatkan hos saluran minyak enjin kembali pada
tempatnya. Putar penutup mengikut arah jam untuk mengetatkannya.
4. Putar injap bahan api ke kedudukan OFF. Tanggalkan bolt saluran
bahan api di bahagian bawah tangki bahan api, salur keluar bahan
api dengan menggunakan corong kemudian simpan bahan api
tersebut dalam bekas khusus untuk mengelakkan pembentukan
gam. Pasangkan semula bolt saluran bahan api setelah bahan api
disalurkan keluar sepenuhnya. Bersihkan corong dan lap dengan kain
kering sebelum disimpan.
5. Putar injap bahan api ke kedudukan ON. Gunakan pemutar skru untuk
melonggarkan bolt saluran bahan api karburetor dan menyalurkan
bahan api di dalam karburetor melalui paip yang disambungkan
kepada karburetor. Simpan bahan api dalam bekas khusus untuk
mengelakkan pembentukan gam. Ketatkan bolt saluran bahan api
karburetor dan putarkan injap bahan api ke kedudukan OFF.
6. Simpan penjana di tempat yang sejuk, kering dan bersih.
Pengangkutan
Suhu penjana, terutamanya sistem ekzosnya mungkin berubah menjadi sangat panas semasa berfungsi. Untuk
mengelakkan daripada melecur atau kebakaran bahan mudah terbakar, sekiranya penjana sedang digunakan,
tunggu sekurang-kurangnya 15 minit bagi menyejukkan penjana sebelum dipindahkan ke dalam kenderaan
pengangkutan. Pastikan kedudukan penjana stabil sewaktu pengangkutan dan injap bahan api berada pada
kedudukan OFF untuk mengelakkan tumpahan.
Penyelenggaraan
Imbas kod QR pada tangki bahan api untuk menonton video tutorial atau rujuk pada label dan pelekat pada
penjana untuk arahan penyelenggaraan.
Lakukan semakan dan penyelenggaraan dengan kerap untuk memastikan penjana berada dalam keadaan baik.
64
Tangki Bahan Api Bolt
Saluran Bahan Api
Bolt Saluran Bahan Api
Karburetor