Descargar Imprimir esta página

Nilfisk VP930 Instrucciones De Uso página 171

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 57
1.5
Dwi-penebat perkakas
• Gunakan hanya seperti yang diperihalkan dalam manual
ini dan hanya dengan lampiran yang disyorkan oleh penge-
luar.
• SEBELUM ANDA MEMASANG PALAM PEMBERSIH, sila
periksa plat kadar yang menunjukkan nilai voltan berada
dalam 10% daripada kadar voltan yang tersedia.
• Perkakas ini dilengkapi dengan dwi-penebat. Gunakan han-
ya alat ganti yang serupa. Lihat arahan untuk menyeleng-
gara perkakas dwi-penebat.
Bagi perkakas yang mempunyai dwi-penebat, dua sistem penebat disediakan berbanding
dengan sistem pembumian. Pembumian tidak disediakan pada perkakas yang mempunyai
dwi-penebat, kemudahan ini juga tidak perlu untuk ditambah kepada perkakas tersebut.
Kerja-kerja penyelenggaraan ke atas perkakas dwi-penebat memerlukan perhatian yang
lebih serta pengetahuan yang tinggi tentang sistem tersebut, dan perlu dilakukan hanya
oleh mereka yang berkelayakan. Penggantian alat ganti untuk perkakas dwi-penebat mes-
tilah sama dengan bahagian yang digantikan. Perkakas yang mempunyai dwi-penebat
akan ditandakan dengan "DWI-PENEBAT" atau "PENEBAT BERGANDA." Simbol (persegi
dalam satu segiempat sama) juga boleh digunakan pada produk tersebut.
Mesin ini dilengkapi dengan kord khas dan sekiranya ia rosak, kord tersebut hendaklah di-
ganti dengan jenis kord yang sama. Ianya boleh didapati di pusat perkhidmatan dan wakil
penjual dan hendaklah dipasang oleh kakitangan yang terlatih.
1.6
Sambungan elektrik
• Pembersih vakum tidak boleh digunakan jika kabel elek-
trik atau palam menunjukkan sebarang tanda kerosakan.
Sentiasa memeriksa kabel dan palam bagi sebarang kero-
sakan. Sekiranya berlaku kerosakan, ia perlu dibaiki oleh
pihak NIlfisk-Advance atau Pengedar Perkhidmatan Nilfisk-
Advance yang sah sahaja.
• Jangan mengendalikan kabel elektrik atau palam dengan
tangan yang basah.
• Jangan cabut palam dengan menarik kabel. Untuk men-
cabut palam, genggam palam, bukan kabel tersebut. Palam
mesti sentiasa dikeluarkan dari soket sebelum memulakan
apa-apa perkhidmatan atau kerja membaiki mesin atau ka-
bel.
AWAS
AMARAN
Terjemahan manual asal
171

Publicidad

loading