BAHASA MELAYU
Tujuan penggunaan
Kenderaan elektrik dan hibrid, kemudian daripada ini
dirujuk sebagai "kenderaan", boleh dicas menggunakan
kabel pengecas ini di stesen pengecas kenderaan elektrik
(EV) yang sesuai dengan jenis 2.
Jika ragu-ragu, dapatkan juruelektrik yang
berkelayakan untuk menyemak kesesuaian
stesen pengecas EV.
Sebarang penggunaan lain adalah tidak dibenarkan dan
dianggap sebagai penggunaan salah. Kabel pengecas
ini hanya selamat digunakan jika arahan yang disediakan
dalam manual ini dan pendokumenan kenderaan diikuti.
Baca arahan pengendalian dan pendokumenan
kenderaan sebelum menggunakan kabel pengecas ini.
Ikuti arahan yang disediakan pada bila-bila masa anda
menggunakan kabel pengecas ini.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan
kecederaan diri atau kerosakan harta benda termasuk
renjatan elektrik, litar pintas atau kebakaran.
Penggunaan salah
Penggunaan salah meningkatkan risiko kecederaan
diri dan kerosakan harta benda. Anda tidak dibenarkan
khususnya untuk:
Mengubah suai atau memanipulasi kabel pengecas.
Menyambungkan kabel pengecas ke stesen pengecas
EV yang rosak atau tidak sesuai sebagai contoh tidak
direka untuk muatan kekal yang diperlukan.
Menggunakan kabel pengecas yang rosak.
Pengguna bertanggungjawab atas sebarang kecederaan
diri atau kerosakan harta benda yang berlaku akibat
penggunaan yang salah.
MENNEKES Stecker GmbH & Co. KG tidak akan
bertanggungjawab bagi mana-mana kesalahan
pengendalian atau kerosakan disebabkan oleh
penggunaan salah.
85
intl(44)_501288-0_BA_Ladekabel_Mode3_Mercedes-Benz_v00_28-01-2020.indd 85
intl(44)_501288-0_BA_Ladekabel_Mode3_Mercedes-Benz_v00_28-01-2020.indd 85
Maklumat keselamatan asas
Sila ambil perhatian dan ikuti maklumat pada
muka hadapan – Rajah 1.
Situasi ditunjukkan dalam Rajah 1 adalah dilarang.
Jika anda tidak mengelak situasi ini, akan
terdapat risiko kecederaan diri dan kerosakan
harta benda.
Jauhkan kabel pengecas daripada kanak-kanak.
Jauhkan kabel pengecas daripada haiwan.
Jangan sekali-kali gunakan sebarang palam penyesuai
atau kabel pemanjangan.
Sambungkan kabel pengecas ke stesen pengecas EV
yang berfungsi dengan betul.
Jangan gunakan kabel pengecas di persekitaran yang
berkemungkinan meletup.
Data teknikal
Data teknikal boleh ditemui pada plat kadaran di perumah.
Pematuhan dengan data teknikal pada plat kadaran
adalah diperlukan.
Nama
Standard
Darjah perlindungan
Voltan terkadar maks. AC [V] 480
Arus terkadar [A]
Frekuensi terkadar [Hz]
Kuasa pengecasan [kW]
Suhu ambien [ C]
Suhu penyimpanan [ C]
Tinggi aplikasi maks.
[m atas paras laut]
Nilai
IEC 61851, IEC 62196
IP20 (tidak dipasang)
IP44 (dipasang)
IP44 (dengan penutup
pelindung)
20 / 32
50 / 60
4.6 sehingga 22
-40 sehingga +80
-40 sehingga +80
4000
19.03.2020 12:46:58
19.03.2020 12:46:58