Pemeriksaan Awal Pemasangan - Dyson Airblade 1 Guia De Instalacion

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 310
Pemeriksaan awal
pemasangan
Rajah A
Rancangan pemasangan awal
Pengering tangan Dyson Airblade Wash+Dry
direka khas supaya unit motor dilekapkan
pada dinding dan terletak di bawah besen
Raj.
A(i).
Pemasangan penuras sebaris adalah
disyorkan untuk mencegah sebarang
kerosakan yang boleh menjejaskan
jaminan anda.
– Berikan ruang capaian yang secukupnya
untuk pemasangan dan penservisan, lihat
Raj.
A(ii).
– Unit ini direka untuk lokasi dalaman yang
kering sahaja.
– Rujuk kod dan peraturan kebolehcapaian
setempat dan negara yang berkaitan untuk
mengetahui garis panduan pemasangan.
Keakuran dan kepatuhan adalah
tanggungjawab pemasang. Pastikan unit
dipasang mengikut semua kod dan/atau
peraturan bangunan.
– Satu kaedah untuk pemotongan semua
kutub mesti dimasukkan ke dalam
pendawaian tetap mengikut peraturan
pendawaian tempatan.
– Asingkan bekalan kuasa dan air sebelum
kerja pemasangan atau servis.
– Pastikan tiada kerja perpaipan (gas, air,
udara) atau kabel elektrik, wayar atau
kerja salur terletak betul-betul di belakang
kawasan penggerudian/pelekapan.
– Dyson menyarankan penggunaan
pakaian pelindung, pelindung
mata dan kelengkapan apabila
menjalankan pemasangan/pembaikan
mengikut keperluan.
– Peralatan ini bertujuan untuk
disambungkan kepada paip air utama
secara kekal.
Penggunaan di kawasan
penyediaan makanan
Untuk persekitaran persediaan makanan,
pemasangan khas diperlukan, yang mesti
melitupi baldi motor dan hos sepenuhnya
dalam perumah yang boleh dibersihkan atau
memasang baldi motor pada permukaan
belakang dinding, memberikan ruang
lega yang mencukupi untuk pembersihan
bahagian di bawah (jika berkenaan)
dan memastikan unit berada sekurang-
kurangnya 2.5 meter dari makanan yang
tidak ditutup atau permukaan makanan yang
tidak tertutup.
Rujuk panduan saranan sinki www.dyson.com
sebelum memasang.
Rajah B
Garis panduan spesifikasi sinki
Dengan menggunakan kaedah ujian yang
direka khas, jurutera Dyson telah menguji
pelbagai sinki untuk menilai kesesuaian
dengan pengering tangan Dyson Airblade
Wash+Dry. Untuk sinki yang disyorkan, sila
gunakan panduan kami di www.dyson.com
Sinki porselin atau logam diberus adalah
yang paling sesuai. Sinki dengan permukaan
bergilap kilat perlu dielakkan, misalnya
krom reflektif.
Untuk dimensi minimum sinki, rujuk
Rajah
B.
Rajah C/D/E
Pemasangan pili
Perlu ada minimum 100mm dan maksimum
155mm daripada bahagian atas sinki ke
bahagian tengah pili.
Rajah.
C.
Ruang minimum 290mm di antara tengah
pili dan dinding tepi diperlukan. Apabila
beberapa pili dipasang bersebelahan,
bahagian tengah pili perlulah mempunyai
jarak minimum 580mm. Ini membolehkan
ruang yang mencukupi untuk melekap
baldi motor, serta mewujudkan ruang yang
mencukupi untuk pengguna.
Rajah.
D.
Jangan letak sensor air pili yang menghadap
ke bawah di atas permukaan memantul,
seperti lubang saliran.
Rajah.
E.
Rajah F
Sabun dan kedudukan dispenser sabun
Untuk pengalaman pengguna terbaik, Dyson
mengesyorkan penggunaan sabun gel.
Zon penderiaan inframerah untuk
pengaktifan udara merentang sepanjang
setiap cabang pili. Untuk mengelakkan
pengaktifan tidak sengaja, penting untuk
mempertimbangkan laluan tangan
pengguna ke dispenser sabun.
Dispenser perlu diletakkan sekurang-
kurangnya 60 mm di luar lebar pili supaya
pengguna mencapai di sekitar sisi cabang.
Ia juga perlu diletakkan sekurang-kurangnya
60 mm di atas cabang supaya sensor
tidak diaktifkan.
Sila ambil perhatian bahawa pengguna
mungkin mencapai sabun secara pepenjuru,
oleh itu laluan ini tidak seharusnya melalui
zon penderiaan.
Rajah G/H
Saliran air
Disebabkan udara dan air halaju tinggi
berada berhampiran, air dan sabun
mungkin berserak di luar dimensi sinki.
Untuk mengurangkan kesan ini, kami
mencadangkan anda mengikuti garis
panduan di bawah.
Profil Asas
Profil asas yang rata akan mengakibatkan
saliran yang teruk dan mengakibatkan
percikan yang besar. Untuk meningkatkan
kelancaran saliran air, elakkan jenis sinki
tadahan rata , dengan memberi tumpuan
khusus pada kawasan sekitar lubang
sinkdengan jarak radius minimum 60mm.
Rajah
G.
Sudut tanjakan minimum sebanyak 6°
dari sudut lubang longkang sinki akan
memberikan saliran yang baik yang akan
mengurangkan tahap percikan (radius
minimum 60 mm).
Rajah
H.
MY
183

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Airblade 1aAirblade wash+dry 1a

Tabla de contenido