Ujian
pemasangan
Menguji pengering tangan untuk memastikan
unit beroperasi secara normal:
– Letakkan tangan anda di bawah pusat pili
dan air akan mengalir secara automatik
selama tangan tetap berada di situ.
– Letakkan tangan anda di mana-mana
pusat pili untuk mengaktifkan pengering
tangan, menghasilkan aliran udara untuk
mengikis air dari tangan anda.
– Gerakkan tangan anda ke belakang dan ke
hadapan melalui udara secara perlahan-
lahan. Pusingkan tangan anda supaya
tapak dan belakang tangan terdedah
kepada aliran udara.
Penyelesaian Masalah
Pengering tangan gagal dihidupkan:
– Periksa jika pemutus fius/litar berfungsi dan
bekalan kuasa dan air disambungkan.
– Pastikan tukup pembersihan ditanggalkan
dan sensor dalam keadaan bersih dan
tidak terhalang.
– Matikan dan hidupkan unit.
Pengering tangan hidup dan mati dengan
tidak menentu:
– Matikan dan hidupkan unit.
– Pastikan bahawa tiada palam dalam sinki
dan keluarkan palam jika ada.
– Pastikan sensor adalah bersih.
– Pastikan kabel sensor dari kepala paip
disambungkan dengan rapi.
Pengering tangan kadangkala tidak
boleh digunakan:
– Matikan dan hidupkan unit.
– Pastikan sensor adalah bersih.
– Periksa salur masuk udara berkeadaan
bersih dan bebas habuk. Jika salur masuk
udara berhabuk, buangkan habuk tersebut.
– Pastikan salur masuk udara tidak
dihalang dan mempunyai ruang lega
yang mencukupi.
Masa pengeringan meningkat:
– Periksa dan buangkan habuk di salur
masuk udara.
– Periksa dan tukar penapis jika perlu.
– Pastikan hos dipasang dengan selamat ke
pangkal pili dan tiada kebocoran berlaku.
Aliran udara menjadi lebih panas
berbanding biasa:
– Periksa dan buangkan habuk di salur
masuk udara.
– Periksa dan tukar penapis jika perlu.
– Pastikan hos dipasang dengan selamat ke
pangkal pili dan tiada kebocoran berlaku.
Udara keluar secara berterusan:
– Periksa sebarang objek di dalam sinki dan
buang jika perlu.
– Pastikan sensor adalah bersih dan bebas
daripada sebarang halangan.
– Periksa dan tukar penapis jika perlu.
– Pastikan hos dipasang dengan selamat ke
pangkal pili dan tiada kebocoran berlaku.
Tiada udara keluar:
– Matikan dan hidupkan unit.
– Periksa dan pastikan fius/pemutus litar
berfungsi dan kuasa disambungkan.
– Pastikan sensor adalah bersih.
– Pastikan hos udara dipasang dengan
rapi pada pangkal pili dan tiada
kebocoran berlaku.
– Pastikan kabel sensor dari kepala paip
disambungkan dengan rapi.
Air mengalir secara berterusan daripada
kepala paip:
– Pastikan sensor adalah bersih dan bebas
daripada sebarang halangan.
Tiada air keluar daripada kepala paip:
– Pastikan bekalan kuasa dan air dihidupkan
dan injap pemencilan terbuka.
– Pastikan pengudara bebas daripada
bendasing, buang dan bersihkan/ganti
pengudara jika perlu.
Air yang keluar daripada kepala paip
terlalu panas atau sejuk:
– Periksa untuk memastikan injap mengisar
ditetapkan pada suhu yang dikehendaki.
Untuk sokongan dan maklumat lanjut,
hubungi Talian Khidmat Pelanggan
Dyson ataupun layari laman web kami di
www.dyson.com.
MY
187