Descargar Imprimir esta página

Makita ML005G Manual De Instrucciones página 32

Ocultar thumbs Ver también para ML005G:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 9
Menunjukkan kapasiti bateri yang
tinggal (Fig. 3)
(Hanya untuk kartrij bateri dengan penunjuk)
Tekan butang semak pada kartrij bateri untuk
menunjukkan kapasiti bateri yang tinggal. Lampu
penunjuk menyala untuk beberapa saat.
Lampu penunjuk
Menyala
Mati
Berkelip
NOTA:
• Bergantung kepada keadaan penggunaan dan suhu
persekitaran, petunjuk mungkin berbeza sedikit
daripada kapasiti sebenar.
• Lampu penunjuk pertama (paling kiri) akan berkelip
apabila sistem perlindungan bateri berfungsi.
Penggunaan bateri Makita yang tidak asli, atau bateri
yang telah diubah suai akan membatalkan jaminan
Makita untuk alat dan pengecas Makita.
Menghidupkan lampu dan pemilihan mod kecerahan
(Fig. 4)
1. Suis:Tekan suis sekali, lampu menyala (Dengan mod
kecerahan yang sama seperti tetapan terakhir). Tekan
suis sekali lagi, lampu terpadam.
2. Pemilihan mod kecerahan: Urutan kecerahan adalah:
Mod tinggi / Sederhana / Mod rendah / Mod tinggi
untuk setiap tekanan semasa lampu menyala.
Sistem perlindungan bateri (Fig. 5)
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan bateri untuk
memanjangkan hayat bateri. Apabila bateri menjadi
rendah, lampu LED terpadam kecuali satu LED seperti
yang digambarkan. Kemudian, kira-kira lima ke sepuluh
minit seterusnya, sistem memutuskan kuasa secara
automatik.
Perlindungan terlalu panas
Apabila alat atau baterinya terlalu panas, alat akan
berhenti secara automatik. Biarkan alat menjadi sejuk
sebelum dihidupkan semula.
OPERASI
PERHATIAN:
• Sentiasa letakkan alat pada tempat yang rata dan
stabil. Jika tidak, alat terjatuh secara tidak sengaja
boleh berlaku.
Kapasiti yang tinggal
75 % hingga 100 %
50 % hingga 75 %
25 % hingga 50 %
0 % hingga 25 %
Cas bateri.
Bateri mungkin telah
pincang tugas.
32 Bahasa Melayu
Melaraskan sudut lampu (Fig. 6)
Longgarkan tombol pada kedua-dua sisi. Laraskan
sudut lampu (julat pelarasan adalah 240°). Kemudian,
ketatkan tombol semula.
PERHATIAN:
Berhati-hati supaya tidak terkepit jari semasa
melaraskan sudut lampu.
Melekatkan filem anti-silau (Fig. 8)
Aksesori pilihan
• Bersihkan kotoran dari permukaan kanta alat sebelum
melekatkan filem anti-silau.
• Gunakan botol penyembur untuk membasahkan kanta
alat dan permukaan yang akan dipasang filem anti-silau.
• Lekatkannya pada tengah-tengah kanta alat.
• Gunakan sekuji atau spatula getah untuk mengeluarkan
udara atau titisan air di antara filem dan kanta.
• Selepas pemasangan, keringkan titisan air dengan kain
kering.
Memasang tudung lampu (Fig. 9)
Aksesori pilihan
Cangkukkan tonjolan tudung lampu pada takuk alat
seperti yang digambarkan.
Menggunakan dengan tripod (aksesori pilihan)
PERHATIAN:
• Baca dengan teliti manual arahan aksesori sebelum
menggunakan ia bersama lampu.
Anda boleh meletakkan lampu pada tripod untuk
memudahkan pengendalian. (Fig. 7)
PERHATIAN:
• Berhati-hati supaya tidak menjatuhkan alat semasa
memasang alat pada tripod.
• Letakkan tripod pada permukaan yang stabil dan rata
untuk mengelakkan alat terjatuh.
• Buka kaki tripod sehingga maksimum.
• Jangan gunakan tripod jika angin kuat.
• Pastikan alat dipasang dengan kukuh pada tripod.
• Tanggalkan alat semasa membawa tripod atau
semasa melipat kaki tripod.
• Berhati-hati supaya tangan anda tidak tersepit di
antara kaki tripod semasa menutup tripod.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
• Sentiasa pastikan bahawa alat dimatikan dan kartrij
bateri ditanggalkan sebelum anda cuba melakukan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
• Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair, alkohol
atau bahan yang serupa. Ia boleh menyebabkan
perubahan warna, bentuk atau keretakan.
Hanya kerja penyelenggaraan yang diterangkan dalam
manual arahan ini boleh dilakukan oleh pengguna.
Sebarang kerja lain mesti dilaksanakan oleh pusat
servis Makita yang sah.
Pembersihan
PERHATIAN:
• Jangan basuh alat menggunakan air.
Dari semasa ke semasa, lap bahagian luar (badan alat) alat
menggunakan kain yang dilembapkan dengan air sabun.

Publicidad

loading