Menggantikan penutup pengedap
1.
Sisipkan pemutar skru bilah rata, dengan
permukaan ratanya menegak, ke dalam salah
satu lubang pelepas yang terletak pada sisi kepala
muncung. Jongketkan pemutar skru bilah rata pada
sudut untuk menekan keluar cangkuk kiub penutup
pengedap daripada bekas teracu. Kemudian kopek
tepi getah penutup pengedap untuk menanggalkannya
daripada bukaan bibir kepala muncung.
► Rajah16: 1. Penutup pengedap 2. Cangkuk kiub
3. Lubang pelepas 4. Kepala muncung
2.
Pasangkan salah satu cangkuk kiub penutup
pengedap yang baharu kepada bekas teracu dalam
kepala muncung dengan permukaan berlekuk penutup
pengedap yang menghadap ke depan.
► Rajah17: 1. Cangkuk kiub 2. Bekas 3. Penutup
pengedap 4. Permukaan berlekuk
3.
Letakkan cangkuk lain ke dalam bekas pada sisi
bertentangan kepala muncung, sambil meletakkan
semula penutup pengedap untuk dipadankan dengan
baik pada kepala muncung.
► Rajah18: 1. Penutup pengedap 2. Cangkuk kiub
3. Bekas 4. Kepala muncung 5. Bibir
4.
Letakkan perlahan-lahan tepi getah penutup
pengedap di atas bukaan bibir kepala muncung dari
bahagian bawah ke atas.
► Rajah19: 1. Tepi getah 2. Penutup pengedap
3. Kepala muncung
Penyimpanan
NOTIS:
Apabila tidak digunakan untuk tempoh
masa tertentu, panduan muncung perlu
dipanjangkan kepada kira-kira 100 mm (3-15/16")
dari kedudukan dipendekkan sepenuhnya. Gagal
berbuat demikian boleh merosakkan hos salur yang
diprapasang dalam panduan muncung.
► Rajah20: 1. Butang pelarasan panduan 2. Kira-kira
100 mm (3-15/16")
101 BAHASA MELAYU