Penggunaan
– Perkakas dan peralatannya yang
berfungsi hendaklah diperiksa untuk
memastikan yang ia berfungsi dengan
betul dan beroperasi dengan selamat
sebelum digunakan.
Perkakas ini tidak boleh digunakan jika
talian sambungan atau bahagian pen-
ting perkakas ini, cth. peranti keselama-
tan, hos tekanan tinggi, penyembur, ro-
sak.
– Jangan sekali-kali mengeluarkan cecair
yang mengandungi pelarut atau asid
dan pelarut yang tidak dicairkan! Ini ter-
masuk petrol, pelarut cat dan minyak
pemanas. Kabus semburan yang diha-
silkan sangat mudah terbakar, boleh
meletup dan beracun. Jangan guna
aseton, asid dan pelarut yang tidak di-
cairkan kerana ia agresif terhadap ba-
han yang digunakan dalam buatan per-
kakas ini.
– Jika perkakas digunakan di kawasan
yang berbahaya (cth. stesen pengisi)
peruntukan keselamatan yang berkai-
tan hendaklah dipatuhi. Perkakas ini ti-
dak dibenarkan digunakan di tempat
yang berbahaya.
– Perkakas ini hendaklah terletak di atas
permukaan yang sekata dan stabil.
– Pakai penyumbat telinga jika arahan
operasi perkakas (data teknikal data)
menyatakan paras bunyi lebih daripada
80 dB(A).
– Semua bahagian yang mengalirkan
arus di kawasan kerja hendaklah dilin-
dungi daripada jet air.
– Tuil penyembur tangan hendaklah di-
kunci semasa operasi.
– Pakai pakaian perlindungan dan gogal
keselamatan untuk melindungi daripa-
da semburan belakang yang mengan-
dungi air atau kotoran.
– Jet tekanan tinggi boleh jadi berbahaya
jika tidak digunakan dengan betul. Jet
ini tidak boleh dihalakan kepada orang,
haiwan, peralatan elektrik hidup atau
perkakas itu sendiri.
– Jet ini tidak boleh dihalakan kepada
orang lain atau dihalakan oleh penggu-
na kepada dirinya sendiri untuk mem-
bersihkan pakaian atau kasut.
– Tayar/ injap tayar kenderaan boleh di-
bersihkan hanya dengan jarak sembu-
ran minimum 30 cm. Sekiranya tidak,
semburan bertekanan tinggi boleh me-
nyebabkan kerosakan pada tayar/ injap
tayar kenderaan. Perubahan warna ta-
yar ialah tanda-tanda pertama kerosa-
kan. Tayar kenderaan yang rosak ada-
lah punca bahaya.
– Jangan sembur bahan yang mengan-
dungi asbestos atau bahan lain yang
membahayakan kesihatan.
– Dengan tombak semburan pendek,
terdapat risiko kecederaan, memandang-
kan tangan boleh tersentuh dengan jet
bertekanan tinggi. Jika tombak semburan
lebih pendek daripada 75 sm, anda tidak
boleh menghalakan muncung semburan
atau muncung rotor.
– Sebelum melakukan pembersihan, nilai
risiko permukaan yang perlu dibersih-
kan untuk menentukan keperluan kesi-
hatan dan keselamatan. Langkah-lang-
kah keselamatan yang mencukupi hen-
daklah diambil.
– Biarkan hos menjadi sejuk selepas ope-
rasi air panas atau lakukan operasi sing-
kat dengan menggunakan air sejuk.
– Sekiranya berlaku masa gendala yang
berpanjangan, matikan perkakas den-
gan mematikan suis sesalur / suis per-
kakas atau cabut palam sesalur.
– Operator hendaklah menggunakan per-
kakas dengan betul. Orang tersebut
hendaklah mempertimbangkan kea-
daan setempat, dan hendaklah mem-
beri perhatian kepada pihak ketiga, te-
rutamanya kanak-kanak apabila men-
gendalikan perkakas ini.
– Jangan tinggalkan mesin tanpa diawasi
selagi ia masih berjalan.
– 3
MS
Operasi
171