– Perkakas ini hanya boleh digunakan
oleh orang yang telah diarahkan untuk
mengendalikannya atau mempunyai
kelayakan dan kemahiran yang terbukti
dalam mengendalikannya atau telah
ditugaskan secara jelas untuk mengen-
dalikan perkakas ini. Perkakas ini tidak
boleh dikendalikan oleh kanak-kanak,
remaja atau orang yang tidak diarahkan
dengan sewajarnya.
– Perkakas ini tidak dihasratkan untuk di-
gunakan oleh orang dengan keupayaan
fizikal, deria atau mental yang terhad.
– Perkakas ini tidak boleh dikendalikan
oleh kanak-kanak, remaja atau orang
yang tidak diarahkan dengan sewa-
jarnya.
– Jangan gunakan perkakas ini apabila
terdapat orang lain berhampiran kecuali
mereka juga memakai pakaian kese-
lamatan.
– Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk
mencegah mereka daripada bermain
dengan perkakas ini.
– Sentiasa guna sarung tangan yang se-
suai semasa bekerja dengan peranti ini.
– Terdapat tekanan sentakan yang
berpunca daripada jet air yang keluar
daripada paip semburan. Paip sembu-
ran angular menghasilkan daya ke
atas. Pegang penyembur dan paip pe-
nyembur dengan kukuh.
– Daya sentakan dan bengkokan boleh
jadi berbeza jika anda menggunakan
peranti semburan angular.
Pengangkutan
Enjin hendaklah dihentikan sama sekali
dan perkakas ini hendaklah diikat dengan
betul semasa proses pengangkutan.
Penyelenggaraan
– Matikan perkakas dan dalam hal perka-
kas yang disambungkan ke sesalur, ca-
but kord kuasa sebelum membersihkan
dan melakukan sebarang tugas penye-
lenggaraan pada mesin tersebut.
– Lepaskan semua tekanan daripada si-
stem tekanan tinggi sebelum memula-
172
kan apa-apa kerja ke atas perkakas
dan aksesorinya.
– Kerja-kerja penyelenggaraan hanya
boleh dilaksanakan oleh saluran perkhi-
dmatan pelanggan yang diluluskan
atau pakar dalam bidang ini yang biasa
dengan peraturan keselamatan yang
berkaitan.
– Perkakas perindustrian mudah alih ter-
takluk pada pemeriksaan keselamatan
menurut peraturan setempat (con-
tohnya, perkara berikut berkuat kuasa
di Jerman: VDE 0701).
Aksesori dan Alat Ganti
– Untuk mengelak daripada risiko, semua
pembaikan dan penggantian alat ganti
hanya boleh dilakukan oleh kakitangan
perkhidmatan pelanggan yang sah sa-
haja.
– Cuma guna aksesori dan alat ganti
yang telah diluluskan oleh pengilang
sahaja. Aksesori dan alat ganti tulen
memastikan operasi unit yang selamat
dan tanpa masalah.
Penggunaan yang betul
Gunakan pencuci bertekanan tingi ini seca-
ra eksklusif untuk
– membersih dengan semburan tekanan
tinggi tanpa bahan pencuci (contohnya
permukaan, teres, peralatan taman,
kenderaan dan objek lain yang serupa).
Bagi kotoran yang degil, kami mengesyor-
kan penggunaan penembak kotoran seba-
gai aksesori khusus.
Syarat kualiti air:
PERHATIAN
Hanya air yang bersih boleh digunakan se-
bagai medium tekanan tinggi. Kekotoran
akan menyebabkan haus dan lusuh atau
pembentukan mendak di dalam perkakas
dengan lebih cepat.
Jika menggunakan air yang dikitar semula,
nilai had berikut tidak boleh dilampaui.
– 4
MS