Alat Kawalan (Penyesuai Rangkaian)
Jadual Kandungan
Peringatan Keselamatan ........................................ 2 ~ 3
Gambaran Keseluruhan Sistem .................................. 4
Sebelum Memasang Penyesuai .................................. 4
Pengenalan Bahagian .................................................. 4
Bahagian ....................................................................... 5
Pemasangan Penyesuai............................................... 5
Sambungan ke Rangkaian ........................................... 6
Memulakan "Panasonic Comfort Cloud" ................... 6
Gunakan "Panasonic Comfort Cloud" ....................... 9
Penyelesaian Masalah................................................ 14
Maklumat ..................................................................... 15
Fungsi Kemas Kini Firmware .................................... 15
Maklumat Lesen Perisian........................................... 16
Terima kasih kerana membeli produk Panasonic ini.
Sila baca arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan produk ini dan simpan
manual ini untuk kegunaan akan datang.
CZ-TACG1
No. Model
Peringatan Keselamatan
Baca "PERINGATAN KESELAMATAN" yang berikut dengan teliti sebelum
pemasangan.
Sebelum cuba mengawal/mengendalikan produk penyaman udara ini melalui
komunikasi wayarles dari lokasi yang jauh, pastikan untuk memeriksa pemasangan
perkakas dan kawasan sekitarnya, dan, berhati-hati terhadap mana-mana orang
di sekitar kawasan tersebut.
Kerja elektrik mesti dipasang oleh juruelektrik berlesen. Pastikan anda menggunakan
pengkadaran dan litar utama yang betul untuk model yang akan dipasang.
Item amaran yang dinyatakan di sini mesti dipatuhi kerana kandungan penting ini
adalah berkaitan dengan keselamatan. Makna setiap petunjuk yang digunakan
adalah seperti berikut. Pemasangan yang tidak betul kerana mengabaikan arahan
akan menyebabkan bahaya atau kerosakan, dan tahap keterukan dikelaskan
dengan petunjuk yang berikut.
Sila sertakan panduan persediaan ini kepada pengguna selepas pemasangan.
Maklumkan kepada pengguna bahawa ia mesti disimpan bersama manual arahan
penyaman udara di tempat yang selamat.
AMARAN
AWAS
Item berikut dikelaskan dengan simbol:
Simbol dengan latar belakang putih menandakan item yang DILARANG buat.
Simbol dengan latar belakang gelap menandakan item yang mesti dilakukan.
Jangan pasang di tempat yang berwap seperti bilik mandi.
- Tindakan ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau nyalaan api
disebabkan litar pintas.
Jangan membuka atau mengubah suai unit.
- Tindakan ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau nyalaan api.
Jangan sentuh dengan tangan yang basah.
- Tindakan ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau nyalaan api
disebabkan litar pintas.
Jangan pasang di hospital atau tempat yang mempunyai peranti
perubatan elektronik.
- Gelombang radio yang terpancar daripada penyesuai ini mungkin
mengganggu peranti perubatan elektronik dan menyebabkan kerosakan.
2
Petunjuk ini menandakan kemungkinan
kematian atau kecederaan serius.
Petunjuk ini menandakan kemungkinan
kecederaan atau kerosakan kepada harta.
AMARAN