Descargar Imprimir esta página

Panasonic CZ-TACG1 Manual Del Usuario página 31

Ocultar thumbs Ver también para CZ-TACG1:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 274
Maklumat
B.Malaysia
Maklumat untuk Pengguna tentang Pungutan dan Pelupusan Peralatan
Lama
  Produk anda ditandakan dengan simbol ini. Simbol ini bermaksud
produk elektrik dan elektronik tidak boleh bercampur dengan sisa
isi rumah yang tidak diasingkan.
  Jangan buka sistem: produk dan bahagian lain mesti dibuka oleh
pemasang yang bertauliah mengikut undang-undang tempatan
dan negara yang berkaitan.
  Produk dan sisa mesti dilupuskan di tempat pelupusan khusus
untuk guna semula, kitar semula dan pemulihan.
Simbol pada produk, bungkusan dan/atau dokumen lampiran ini bermaksud produk
dan bateri elektrik dan elektronik yang digunakan tidak boleh bercampur dengan
sisa isi rumah umum.
Untuk pelupusan, pemulihan dan kitar semula yang betul bagi produk lama dan
bateri terpakai, sila bawanya ke tempat pungutan yang bersesuaian mengikut
undang-undang negara anda dan Arahan 2002/96/EC serta 2006/66/EC.
Dengan pelupusan produk dan bateri yang betul, anda akan membantu
menjimatkan sumber berharga dan mencegah mana-mana kesan negatif yang
berpotensi menjejaskan kesihatan manusia serta alam sekitar yang disebabkan
oleh pengurusan sisa yang tidak betul.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan kitar semula produk dan bateri
lama, sila hubungi majlis perbandaran tempatan, perkhidmatan pelupusan sisa
atau pusat jualan item anda.
Penalti boleh dikenakan untuk pembuangan sisa yang tidak betul mengikut undang-
undang negara.
Untuk pengguna dalam Kesatuan Eropah
Jika anda ingin membuang peralatan elektrik dan elektronik, sila hubungi pengedar
atau pembekal anda untuk maklumat lanjut.
[Maklumat tentang Pelupusan di Negara lain di luar Kesatuan Eropah]
Simbol-simbol ini hanya sah di Kesatuan Eropah. Jika anda ingin membuang alat ini,
sila hubungi pihak berkuasa tempatan atau pengedar anda dan tanyakan tentang
kaedah pelupusan yang betul.
Pengisytiharan Pematuhan (DOC)
Dengan ini, "Panasonic Corporation" mengisytiharkan produk
ini mematuhi keperluan penting dan lain-lain peruntukan
berkaitan dalam Arahan 2014/53/EU
Teks penuh pengisytiharan pematuhan EU boleh didapati di alamat
Internet yang berikut: http://www.ptc.panasonic.eu/
Wakil Sah: Panasonic Testing Centre, Panasonic Marketing Europe
GmbH, Winsbergring 15, 22525 Hamburg, Jerman
Norway: Terdapat sekatan penggunaan dalam radius 20 km dari pusat
Ny-Alesund di Svalbard.
Fungsi Kemas Kini Firmware
Produk ini mempunyai kefungsian untuk menyambungkan pelayan kemas kini fi rmware
Panasonic ke Internet bagi mengemas kini peranti fi rmware secara automatik kepada
versi terkini.
Untuk kemas kini fi rmware, peranti akan periksa sekali sehari sama ada fi rmware
adalah daripada versi terkini selepas dihidupkan. Sekiranya kemas kini diperlukan,
kemas kini akan dijalankan dan peranti akan dimulakan semula secara automatik.
Operasi tidak dijalankan semasa peranti dimulakan semula (mengambil masa 1-5 minit).
15

Publicidad

loading