Descargar Imprimir esta página

Panasonic CZ-TACG1 Manual Del Usuario página 19

Ocultar thumbs Ver también para CZ-TACG1:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 274
Jangan pasang penyesuai di tempat yang boleh dicapai kanak-
kanak.
- Mereka mungkin menariknya atau menyebabkan kecederaan.
Jangan lap dengan kain basah atau membasuhnya.
- Tindakan ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau nyalaan api.
AMARAN
Peralatan ini bukan untuk kegunaan individu (termasuk kanak-
kanak) yang kurang keupayaan fi zikal, deria atau mental, atau kurang
pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diawasi atau
diberi arahan tentang cara penggunaan peralatan oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka. Kanak-kanak harus
diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Pemasangan hanya boleh dilakukan oleh pihak penjual atau pemasang.
- Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau nyalaan api.
Putuskan bekalan kuasa apabila memasang penyesuai ini.
- Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Gunakan bahagian yang ditentukan sahaja semasa memasang
penyesuai dan lakukan pemasangan yang betul mengikut arahan.
- Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau nyalaan api.
Pastikan kabel dipasang dengan betul supaya ia tidak terjejas dengan
daya luaran.
- Ia boleh menyebabkan kepanasan melampau yang boleh mengakibatkan
nyalaan api.
Berhenti menggunakannya sebaik sahaja anda menyedari apa-apa
masalah atau kerosakan dan putuskan bekalan elektrik ke perkakas
yang disambungkan.
- Ia boleh menyebabkan asap, nyalaan api, kejutan elektrik atau kebakaran.
- Contoh masalah dan kerosakan
• Terdapat bau terbakar
• Terdapat air atau objek asing di dalamnya
Minta pihak penjual atau pemasang melakukan pembaikan dengan
segera.
AWAS
Penyesuai adalah untuk kegunaan dalaman sahaja. Jangan pasang
di luar atau di lokasi yang tidak selamat.
- Ia boleh menjadi titik entri bagi capaian rangkaian tanpa kebenaran.
Jangan pasang di lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari secara
terus yang mungkin mempunyai suhu melebihi 45°C atau serendah -5°C.
- Tindakan ini boleh menyebabkan perubahan bentuk.
Jangan pasang di lokasi yang berminyak, berwap atau tercemar dengan
gas sulfurus.
- Tindakan ini boleh menjejaskan prestasi atau menyebabkan perubahan
bentuk.
Sebelum menyambungkan wayar dan kabel, lepaskan apa-apa bekalan
elektrik statik.
- Ia boleh menyebabkan kerosakan.
Periksa keperluan berikut lebih awal (Di rumah):
- Sepatutnya tiada keabnormalan dalam penyaman udara seperti perubahan
aliran udara. Pastikan tiada objek yang mungkin berpindah dengan mudah
disebabkan oleh aliran udara meniup secara langsung. Objek yang jatuh
atau bergerak mungkin membawa kepada bahaya seperti kebakaran,
kecederaan dll.
- Pada setiap masa, gunakan alat kawalan jauh dalaman apabila terdapat
kemungkinan orang (seperti bayi, kanak-kanak, orang kurang upaya, orang
tua atau orang sakit) yang tidak dapat mengawal suhu itu sendiri dan
bergantung kepada konfi gurasi pra-tetapan penyaman udara.
Kenaikan dan penurunan suhu akibat operasi jauh mungkin menyebabkan
penghuni mengalami ketidakselesaan dan/atau mengganggu rutin harian
mereka.
Tanaman dan haiwan mungkin terjejas oleh pelarasan suhu secara tiba-tiba.
Periksa keperluan berikut sebelum mengendalikan penyaman udara
dari lokasi jauh:
- Beritahu orang di sekitar kawasan yang berpenyaman udara bahawa anda
akan mengawal operasi dan tetapan penyaman udara dari jauh.
Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kesan serius ke atas
orang yang disebabkan oleh kejutan atau akibat perubahan suhu secara
tiba-tiba (daripada selesa hingga sejuk atau sebaliknya).
(Ini boleh menyebabkan kemudaratan kepada badan manusia disebabkan
oleh perubahan suhu luar dan suhu bilik secara tiba-tiba. Pelarasan suhu
boleh dikendalikan oleh alat kawalan jauh)
Jika paparan utama Panasonic Comfort Cloud APP tidak menunjukkan
status operasi, sila gunakan alat kawalan jauh dalaman untuk
mengendalikan penyaman udara.
- Memandangkan APP menggunakan komunikasi rangkaian, mungkin
terdapat waktu apabila operasi jauh tidak mungkin disebabkan oleh
komunikasi dan/atau kegagalan rangkaian (seperti masa henti pelayan
Panasonic Cloud, masa henti pelayan pembekal telekom, sambungan
WIFI dll). Jika berlaku kegagalan tersebut, sila gunakan alat kawalan jauh
dalaman untuk mengendalikan penyaman udara.
3

Publicidad

loading