BahaSa MElayu
30
pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke AVENT Philips! Untuk mendapat manfaat
sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh AVENT Philips, daftarkan produk anda di
www.philips.com/welcome.
Pam susu badan manual AVENT Philips mempunyai reka bentuk unik yang membolehkan anda
duduk dalam kedudukan lebih selesa semasa mengepam susu. Kusyen urutan lembut*adalah
direka bentuk untuk merasa lembut dan hangat dan meniru gerakan menyusu bayi anda agar
menyediakan aliran susu yang pantas - dengan senyap, selesa dan lembut. Pam ini kecil, mudah
dipasang dan semua bahagiannya adalah tahan mesin basuh pinggan dan bebas BPA.
Para profesional jagaan kesihatan menyatakan bahawa susu badan adalah pemakanan terbaik bagi
bayi pada tahun pertama, dengan digabungkan dengan makanan pepejal selepas 6 bulan pertama.
Susu badan anda adalah disesuaikan khusus untuk keperluan bayi anda dan mengandungi antibodi
yang membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman dan alergi.
Pam susu badan dapat membantu anda untuk memberi susu badan lebih lama. Anda dapat mengepam
dan menyimpan susu anda agar bayi anda masih tetap menikmati manfaatnya, walaupun anda tidak
dapat berada di sana untuk menyediakannya sendiri. Kerana pam ini adalah kecil dan boleh digunakan
tanpa menarik perhatian, anda dapat membawanya ke mana-mana, yang membolehkan anda
mengepam susu mengikut keselesaan anda dan mengekalkan bekalan susu anda.
*Kusyen yang disertakan dengan pam ini telah direka bentuk agar muat dengan selesa pada
kebanyakan ibu. Bagaimanapun, jika anda memerlukan, anda boleh membeli kusyen untuk puting
yang lebih besar berasingan.
perihalan umum (gamb. 1)
1
Pemegang
2
Diafragma silikon dengan batang
3
Badan pam
4
Kusyen urutan
5
Penutup
6
Injap putih
7
Botol semula jadi AVENT Philips
8
Tudung
9
Gelang skru
10 Puting
11 Cakera pengedap
12 Penutup cawan simpanan (SCF330/12 sahaja)
13 Cawan penyimpanan AVENT Philips (SCF330/12 sahaja)
14 Penyesuai (SCF330/12 sahaja)
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan pam susu badan ini dan
simpan ia untuk rujukan masa depan.
amaran
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan, kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan pam susu
badan ini.