Descargar Imprimir esta página

DJI DB1560 Guía De Usuario página 39

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 70
Penafian
Tahniah atas pembelian produk DJI
amalan selamat dan sah yang disediakan DJI dengan teliti sebelum penggunaan. Kegagalan
untuk membaca dan mengikut arahan serta amaran boleh mengakibatkan kecederaan serius
terhadap diri anda atau orang lain, kerosakan produk DJI anda atau kerosakan objek lain di
sekitarnya. Dengan menggunakan produk ini, anda dengan ini menandakan bahawa anda
telah membaca dokumen ini dengan teliti dan bahawa anda memahami serta bersetuju untuk
mematuhi semua terma dan syarat dalam dokumen ini serta semua dokumen yang berkaitan
dengan produk ini. Anda bersetuju untuk hanya menggunakan produk ini untuk tujuan yang
sepatutnya. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tingkah
laku anda sendiri semasa menggunakan produk ini dan atas segala akibatnya. DJI tidak
bertanggungjawab ke atas kerosakan, kecederaan atau apa-apa tanggungjawab undang-undang
yang timbul secara langsung atau tidak langsung akibat daripada penggunaan produk ini.
DJI ialah tanda dagangan SZ DJI TECHNOLOGY CO., LTD. (disingkatkan sebagai "DJI") dan syarikat
gabungannya. Nama produk, jenama dan lain-lain yang terdapat dalam dokumen ini ialah tanda
dagangan atau tanda dagangan berdaftar syarikat pemiliknya masing-masing. Hak cipta produk
dan dokumen ini adalah milik DJI dan semua hak cipta adalah terpelihara. Tiada bahagian
produk atau dokumen ini boleh diterbitkan semula dalam sebarang bentuk tanpa kebenaran
bertulis atau keizinan DJI terlebih dahulu.
Dokumen ini serta semua dokumen sandaran lain boleh berubah mengikut budi bicara DJI. Untuk
maklumat produk terkini, lawati www.dji.com dan klik pada halaman produk bagi produk ini.
Dokumen ini tersedia dalam pelbagai bahasa. Sekiranya terdapat perbezaan antara versi yang
berlainan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Baca Sebelum Penggunaan Pertama
Istilah berikut digunakan dalam dokumen ini dan pada label amaran pada produk untuk
menunjukkan pelbagai tahap bahaya yang mungkin berlaku semasa mengendalikan produk ini:
AWAS: Prosedur yang mana, jika tidak diikuti dengan betul, mewujudkan kemungkinan
kerosakan harta benda fizikal DAN kemungkinan kecil kecederaan.
AMARAN: Prosedur yang mana, jika tidak diikuti dengan betul, mewujudkan
kemungkinan kerosakan harta benda, kebinasaan lingkungan dan kecederaan serius
ATAU kemungkinan kecederaan superfisial yang tinggi.
Produk ini mesti dikendalikan secara berhati-hati dan dengan kepakaran. Kegagalan
mengendalikan produk ini dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab boleh
mengakibatkan kecederaan atau kerosakan pada produk atau harta benda lain. Produk
ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh mereka yang berumur di bawah 18 tahun.
JANGAN ubah produk ini atau gunakan produk ini dengan komponen yang tidak serasi.
Dokumen ini mengandungi arahan untuk keselamatan, operasi dan penyelenggaraan.
Adalah penting untuk membaca dan mengikuti semua arahan serta amaran di dalam ini,
sebelum pemasangan, penyediaan atau penggunaan untuk mengendalikan produk dengan
betul dan mengelakkan kerosakan atau kecederaan serius.
Pengenalan
Bateri Penerbangan Pintar DB1560/DB800 menggunakan sel bateri tenaga tinggi dan sistem
pengurusan kuasa termaju untuk memberikan kuasa tahan lama kepada pesawat AGRAS
bateri yang dioptimumkan dan reka bentuk pelesapan haba memastikan suhu bateri terkawal
dengan berkesan. Bateri Penerbangan Pintar DB1560 mempunyai kapasiti 30000 mAh pada
voltan nominal 52.22 V, manakala Bateri Penerbangan Pintar DB800 mempunyai kapasiti
15500 mAh dengan voltan yang sama. Rujuk kepada Spesifikasi untuk pesawat yang serasi
untuk setiap model bateri.
Bateri Penerbangan Pintar DB1560 digunakan sebagai contoh di bawah.
38
TM
baharu anda. Baca keseluruhan dokumen ini serta semua
TM
. Sel

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

Db800