Descargar Imprimir esta página

DJI DB1560 Guía De Usuario página 40

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 70
3
4
5
1. Butang Kuasa
Tekan untuk memeriksa tahap kuasa bateri. Tekan dan kemudian tekan serta tahan untuk
menghidupkan bateri. Hanya hidupkan dan matikan bateri apabila ia disambungkan ke
pesawat. Jika tidak, port kuasa pada bateri dan pesawat mungkin akan rosak.
2. LED Status
Menyatakan tahap bateri. Dari kiri ke kanan: LED 1, LED 2, LED 3 dan LED 4.
3. Pemegang
Gunakan pemegang untuk membawa bateri.
4. Pengapit
Gunakan pengapit untuk mengikat bateri dengan kukuh ke pesawat. Tekan dan tahan
pengapit untuk mengeluarkan bateri dari pesawat.
5. Port Kuasa
Menyambung kepada pesawat, stesen bateri atau penjana penyongsang pelbagai fungsi.
6. Tudung Getah
Melindungi bateri.
Fungsi Bateri
1. Paparan Tahap Bateri: LED status memaparkan tahap bateri semasa. Tekan butang kuasa
untuk memeriksa.
2. Komunikasi: parameter bateri termasuk voltan dan aras kuasa dihantar ke pesawat untuk
membolehkan pesawat mengambil tindakan yang sewajarnya apabila parameter bateri
berubah.
3. Diagnosis Kendiri Ralat Bateri: bateri boleh mengesan ralat seperti voltan, arus dan suhu
tidak normal serta mengeluarkan amaran. Maklumat ralat akan direkodkan dalam bateri.
4. Pengesanan Litar Pintas: selepas bateri dimasukkan ke dalam pesawat dan dihidupkan,
bateri akan mengesan jika litar pintas wujud pada pesawat terlebih dahulu. Jika dikesan,
bateri akan memutuskan bekalan kuasa ke pesawat untuk mengelakkan kebakaran.
5. Pengesanan Ralat Pengecasan: ralat yang berlaku semasa pengecasan ditunjukkan oleh LED
status. Apabila ralat berlaku, tunggu sehingga bateri membetulkan ralat secara automatik.
Untuk maklumat lanjut, rujuk bahagian Corak LED.
6. Pengimbangan Auto: dalam situasi tertentu, bateri mengimbangi voltan sel secara automatik.
7. Penyahcasan Auto: jika dicas penuh selama lebih daripada satu hari, bateri akan dinyahcas
secara automatik kepada 97%. Selepas 7 hari, ia menyahcas secara automatik kepada 60%.
8. Pelarasan Arus Auto: bateri melaraskan arus pengecasan secara bijak berdasarkan suhu sel
bateri. Bateri juga menyokong perlindungan kendiri berdasarkan suhu persekitaran.
9. Kawalan Suhu: bateri memastikan perbezaan suhu antara sel bateri adalah sama dan kekal
dalam julat suhu yang dibenarkan.
2
1
6
39

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

Db800