Periksa jika air mengalir ke dalam kebuk dan dikekalkan di bawah
garisan paras air maksimum. Jika paras air naik melebih garisan paras air
maksimum, gantikan kebuk serta-merta.
MR290: Tetapan aliran lwn masa penggunaan
(Beg air 900PT401, 1000 mL, pada suhu sasaran 37 °C)
L/min
2
5
10
jam
189
75
37
AMARAN
Untuk mengelakkan lecuhan:
• Jangan hidupkan unit tanpa meletakkan kebuk air di tempatnya.
• Jangan sentuh plat pemanas, kebuk air atau dasar kebuk semasa digunakan.
• Air di dalam kebuk menjadi panas semasa digunakan. Amalkan langkah berjaga-
jaga apabila menanggalkan dan mengosongkan kebuk.
Untuk mengelakkan renjatan elektrik:
• Apabila mengendalikan unit setelah kebuk air dipasang, elak daripada
mencondongkan mesin bagi mencegah sebarang kemungkinan air memasuki
petak unit.
• Kosongkan semua air daripada kebuk air sebelum memindahkan unit.
AWAS
Untuk memastikan terapi yang optimum (MR290 sahaja):
• Jangan gunakan kebuk MR290 auto-isi jika ia terjatuh atau dibiarkan kering, ini
boleh menyebabkan kebuk terlebih isi.
• Jangan gunakan kebuk MR290 jika paras air naik melebihi garisan paras air
maksimum kerana ini boleh menyebabkan air memasuki salur pernafasan pesakit.
3. PASANGKAN TIUB PERNAFASAN PANAS
Salah satu hujung tiub pernafasan panas mempunyai sarung plastik biru.
Angkat sarung itu dan sorongkan penyambung ke unit. Tolakkan sarung
ke bawah untuk menguncinya.
AMARAN
Untuk mengelakkan lecuhan:
• Jangan ubah suai tiub pernafasan atau antara muka walau dengan apa jua cara.
• Jangan biarkan tiub pernafasan kekal bersentuhan dengan kulit dalam tempoh
yang berpanjangan. Profesional penjagaan kesihatan hendaklah menilai keadaan
untuk memastikan sentuh yang selamat, seperti jangka masa dan keadaan kulit.
• Jangan menambah haba melebihi paras ambien pada mana-mana bahagian
tiub pernafasan atau antara muka, contohnya menutup dengan selimut atau
memanaskannya dengan radiasi inframerah, pemanas atas, atau inkubator.
• Jangan gunakan sarung penebat atau aksesori serupa yang tidak disyorkan oleh
Fisher & Paykel Healthcare.
AWAS
• Letakkan tiub pernafasan panas jauh daripada sebarang penyambungan
pemantau elektrik (EEG, ECG/EKG, EMG, dll), untuk meminimumkan sebarang
kemungkinan gangguan terhadap isyarat yang dipantau.
KAWALAN PEMELUWAPAN
Unit mesti diletakkan di bawah paras kepala dan rata, ini membolehkan
pemeluwapan disalirkan ke arah kebuk air, jauh daripada pesakit.
Jika lebihan pemeluwapan berkumpul di dalam tiub pernafasan panas,
cabut antara muka pesakit daripada tiub pernafasan panas, kosongkan
pemeluwapan dengan mengangkat hujung tiub pesakit, membolehkan
pemeluwapan mengalir ke dalam kebuk air.
Pada kadar sasaran lebih tinggi, kadar aliran sasaran perlu dikurangkan
terlebih dahulu ke 30 L/min atau ke bawah, bagi memastikan
pemeluwapan mengalir ke dalam kebuk air.
Minimumkan sumber tindakan penyejukan setempat pada tiub
pernafasan panas, seperti kipas untuk menyejukkan pesakit atau unit/
lohong penyaman udara
Jika pemeluwapan berterusan, pertimbangkan untuk menurunkan suhu
sasaran. Suhu sasaran yang lebih rendah akan menurunkan output
kelembapan unit, menurunkan paras pemeluwapan.
Nota: Paras suhu dan kelembapan yang dihantar kepada pesakit akan
turut dikurangkan.
E – 5
15
20
25
30
35
25
18
15
12
10
40
45
50
55
60
9
8
7
6
6