LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
PERHATIAN: langkah-
langkah keselamatan
adalah sebahagian daripada
perkakas. Bacanya dengan
teliti sebelum menggunakan
perkakas baru anda buat
kali pertama. Simpankannya
di tempat di mana anda
dapat mencari dan merujuk
kepadanya di kemudian hari.
AWAS: apabila anda
melihat tanda ini, sila
rujuk langkah-langkah
keselamatan untuk
mengelakkan kemungkinan
kecederaan dan kerosakan.
MAKLUMAT:
apabila anda melihat
tanda ini, sila ambil perhatian
mengenai nasihat untuk
penggunaan perkakas
anda dengan cara betul dan
selamat.
96
UM_PIXIE_Z2.indb 96
• Perkakas ini bertujuan untuk
menyediakan minuman mengikut
arahan-arahan ini.
• Jangan gunakan perkakas untuk
tujuan-tujuan selain daripada
penggunaan yang dimaksudkan.
• Perkakas ini telah direka untuk
penggunaan dalam keadaan di
dalam bangunan dan dalam suhu
tidak-ekstrem.
• Lindungi perkakas daripada
pancaran cahaya matahari secara
langsung, percikan air yang
berpanjangan dan kelembapan.
• Perkakas ini bertujuan untuk
digunakan dalam rumah dan
penggunaan yang serupa sahaja
seperti: kawasan dapur kakitangan
di kedai, pejabat dan persekitaran
kerja, rumah ladang yang lain; oleh
pelanggan-pelanggan di hotel,
motel dan persekitaran-persekitaran
penginapan yang lain; persekitaran-
persekitaran jenis penginapan dan
sarapan.
• Perkakas ini boleh digunakan
oleh kanak-kanak yang sekurang-
kurangnya berumur 8 tahun,
asalkan mereka telah diselia dan
telah diberikan arahan berkenaan
penggunaan perkakas ini dengan
cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat. Pembersihan
dan penyenggaraan pengguna tidak
boleh dilakukan oleh kanak-kanak
melainkan mereka berumur lebih
daripada 8 tahun dan diselia oleh
seorang dewasa.
• Jauhkan perkakas dan wayarnya
daripada capaian kanak-kanak di
bawah umur 8 tahun.
• Perkakas ini boleh digunakan oleh
individu-individu yang kurang
berupaya dari segi fizikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman
atau pengetahuan, hanya jika
mereka diselia atau telah menerima
arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini dengan cara yang
selamat dan memahami bahaya
yang terlibat.
• Kanak-kanak hendaklah tidak
menggunakan alat ini sebagai
permainan.
• Pengilang tidak menanggung
sebarang tanggungjawab dan
waranti akan tidak terpakai bagi
apa-apa penggunaan komersil,
pengendalian atau penggunaan
perkakas ini yang tidak betul,
apa-apa kerosakan yang disebabkan
daripada penggunaan untuk tujuan
lain, operasi salah, pembaikan
bukan profesional atau kegagalan
untuk mematuhi arahan-arahan
berkenaan.
Elakkan risiko renjatan
elektrik dan kebakaran maut
• Sekiranya berlaku kecemasan:
Segera cabutkan palam dari soket
kuasa.
• Hanya sambungkan perkakas
kepada soket kuasa elektrik
sambungan utama dibumikan yang
sesuai dan mudah dicapai. Pastikan
voltan sumber kuasa adalah sama
seperti yang dinyatakan pada plat
penarafan. Penggunaan sambungan
yang salah akan membatalkan
waranti.
14.11.18 09:17