Canon imageCLASS MF735C Serie Introducción página 66

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 38
Lampiran
Arahan Keselamatan
Penting
Bab ini menerangkan arahan keselamatan yang penting
untuk mencegah kecederaan kepada pengguna mesin
ini dan orang lain, dan kerosakan harta benda. Baca bab
ini sebelum menggunakan mesin dan ikut arahan untuk
menggunakan mesin dengan betul. Jangan melakukan
apa-apa operasi yang tidak diterangkan dalam manual
ini. Canon tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kerosakan yang berlaku akibat daripada operasi yang
tidak diterangkan dalam manual ini, penggunaan yang
tidak betul, atau pembaikan atau perubahan yang tidak
dilakukan oleh Canon atau pihak ketiga yang disahkan
oleh Canon. Operasi atau penggunaan yang tidak betul
ke atas mesin ini boleh mengakibatkan kecederaan diri
dan/atau kerosakan yang memerlukan pembaikan yang
mungkin tidak dilindungi di bawah Waranti Terhad anda.
AMARAN
Menunjukkan amaran mengenai operasi
yang boleh membawa kepada kematian
atau kecederaan kepada orang jika tidak
dilakukan dengan betul. Untuk
menggunakan mesin dengan selamat, selalu
beri perhatian kepada amaran-amaran ini.
AWAS
Menunjukkan amaran mengenai operasi yang
boleh membawa kepada kecederaan kepada
orang jika tidak dilakukan dengan betul. Untuk
menggunakan mesin dengan selamat, selalu
beri perhatian kepada amaran-amaran ini.
PENTING
Menunjukkan keperluan dan sekatan
operasi. Pastikan anda membaca item-item
ini dengan berhati-hati untuk
mengendalikan mesin dengan betul dan
elakkan kerosakan pada mesin atau harta.
Pemasangan
Untuk menggunakan mesin ini dengan selamat dan
tanpa masalah, baca langkah berjaga-jaga berikut
dengan teliti dan pasang mesin di lokasi yang sesuai.
AMARAN
Jangan memasang di lokasi yang boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik
Lokasi yang slot pengudaraan tersekat (terlalu
dekat dengan dinding, katil, sofa, permaidani
atau objek yang serupa)
Lokasi yang lembap dan berhabuk
Lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari
atau di luar rumah
Lokasi yang terdedah kepada suhu tinggi
Lokasi yang terdedah kepada api terbuka
Berhampiran dengan alkohol, pencair cat atau
bahan mudah terbakar lain
Amaran lain
Jangan sambungkan kabel yang tidak diluluskan
pada mesin ini. Melakukan demikian mungkin
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan letakkan rantai dan objek logam lain
atau bekas yang dipenuhi dengan cecair pada
mesin. Jika bahan asing bersentuhan dengan
bahagian elektrik di dalam mesin, ia mungkin
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Semasa memasang dan menanggalkan aksesori
pilihan, pastikan untuk MEMATIKAN kuasa, cabut
palam kuasa dan kemudian tanggalkan semua kabel
antara muka dan kabel kuasa dari mesin. Jika tidak,
kord kuasa atau kabel antara muka mungkin rosak,
mengakibatkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Ms
Jika sebarang bahan asing jatuh ke dalam mesin ini,
cabut palam kuasa daripada saluran kuasa AC dan
hubungi pengedar Canon tempatan anda yang sah.
Jangan pasang di lokasi berikut
Mesin ini mungkin terlepas atau jatuh,
menyebabkan kecederaan.
Lokasi yang tidak stabil
Lokasi yang terdedah kepada gegaran
66
AWAS
Jangan pasang di lokasi berikut
Melakukan demikian boleh menyebabkan
kerosakan pada mesin.
Lokasi yang terdedah kepada suhu dan kelembapan
yang melampau, sama ada rendah atau tinggi
Lokasi yang terdedah kepada perubahan suhu
atau kelembapan yang mengejut
Lokasi yang berhampiran dengan peralatan
yang menghasilkan gelombang magnet atau
elektromagnet
Makmal atau lokasi yang berlaku tindak balas
kimia
Lokasi yang terdedah kepada gas menghakis
atau toksik
Lokasi yang boleh meleding akibat berat
mesin atau yang boleh menyebabkan mesin
tenggelam (permaidani, dll)
Elakkan lokasi kurang pengudaraan
Mesin ini menjana sedikit ozon dan pengeluaran
lain ketika penggunaan biasa. Pengeluaran ini tidak
berbahaya kepada kesihatan. Walau bagaimanapun,
ia mungkin ketara ketika penggunaan yang lama di
dalam bilik yang kurang pengudaraan. Untuk
mengekalkan persekitaran kerja yang selesa, adalah
disyorkan supaya bilik tempat mesin beroperasi
sewajarnya mempunyai pengudaraan yang baik.
Juga elakkan lokasi yang akan membuatkan orang
terdedah kepada pengeluaran daripada mesin.
Jangan pasang di lokasi yang berlaku pemeluwapan
Titisan air (pemeluwapan) mungkin terbentuk di
dalam mesin apabila bilik yang dipasangkan dengan
mesin ini dipanaskan dengan cepat dan apabila
mesin dialihkan dari tempat sejuk atau kering ke
lokasi yang panas atau lembap. Menggunakan mesin
dalam keadaan tersebut mungkin menyebabkan
kertas tersangkut, kualiti cetakan rendah atau
kerosakan pada mesin. Biarkan mesin menyesuaikan
keadaan dengan suhu dan kelembapan persekitaran
untuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.
Pada altitud 3,000 m di atas paras laut atau
lebih tinggi
Mesin dengan pemacu keras mungkin tidak
beroperasi dengan betul apabila digunakan
pada altitud tinggi iaitu kira-kira 3,000 meter di
atas paras laut atau lebih tinggi.
Kaki untuk meratakan (hanya untuk produk
dengan kaki untuk meratakan)
Jangan keluarkan kaki mesin untuk meratakan
selepas mesin telah dipasang, kerana ini boleh
menyebabkan mesin jatuh atau terbalik, ini
boleh menyebabkan kecederaan diri.
Menyambung Talian Telefon (Hanya untuk
Produk dengan Fungsi Faks)
Mesin ini mematuhi standard talian telefon
analog. Mesin ini boleh disambungkan kepada
suis awam rangkaian telefon (PSTN) sahaja. Jika
anda menyambung mesin ke talian telefon digital
atau talian telefon khas, ia mungkin menghalang
operasi mesin yang betul dan boleh menjadi
punca kerosakan. Pastikan untuk mengesahkan
jenis talian telefon sebelum menyambungkan
mesin. Hubungi penyedia perkhidmatan talian
gentian optik atau talian telefon IP jika anda mahu
menyambung mesin ke talian telefon tersebut.
Apabila menggunakan LAN wayarles (hanya
untuk produk dengan fungsi LAN wayarles)
Pasang mesin pada jarak 50 m atau kurang dari
penghala LAN wayarles.
Sebaiknya, pasang di lokasi yang tiada halangan
komunikasi disebabkan oleh objek yang
mengganggu. Isyarat mungkin berkurangan
apabila melalui dinding atau lantai.
Pastikan mesin berada sejauh yang mungkin
dari telefon digital tanpa wayar, ketuhar
gelombang mikro atau peralatan lain yang
mengeluarkan gelombang radio.
Jangan guna berhampiran dengan peralatan
perubatan. Gelombang radio yang dipancarkan
daripada mesin ini mungkin mengganggu
peralatan perubatan, yang seterusnya boleh
menyebabkan kerosakan dan kemalangan.
Bekalan Kuasa
AMARAN
Gunakan hanya bekalan kuasa yang
memenuhi keperluan voltan yang dinyatakan.
Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan gunakan kord kuasa selain daripada
yang disediakan, kerana ini boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Kord kuasa yang disediakan adalah bertujuan
untuk digunakan dengan mesin ini. Jangan
sambungkan kord kuasa pada peranti lain.
Jangan ubah suai, tarik, membengkokkan secara
paksa atau melakukan apa-apa perbuatan lain yang
boleh merosakkan kord kuasa. Jangan letakkan
objek berat di atas kord kuasa. Merosakkan kord
kuasa boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan
elektrik.
Jangan pasang atau cabut palam kuasa
dengan tangan yang basah, kerana ia boleh
menyebabkan kejutan elektrik.
Jangan gunakan wayar pemanjangan atau
jalur kuasa berbilang palam dengan mesin.
Melakukan demikian boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan balut kord kuasa atau mengikatnya
dengan menyimpul, kerana ia boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Masukkan palam kuasa sepenuhnya ke dalam
saluran kuasa AC. Kegagalan berbuat demikian
boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Keluarkan palam kuasa sepenuhnya daripada
saluran kuasa AC semasa ribut petir. Kegagalan
berbuat demikian boleh mengakibatkan kebakaran,
kejutan elektrik atau kerosakan pada mesin.
Pastikan bahawa bekalan kuasa untuk mesin
selamat dan mempunyai voltan yang stabil.
Jauhkan kord kuasa dari sumber haba; kegagalan
berbuat demikian boleh menyebabkan saduran
kord kuasa mencair, ini boleh mengakibatkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
Jika tekanan berlebihan dikenakan terhadap
bahagian sambungan kord kuasa, ia boleh
merosakkannya atau wayar di dalam mesin
boleh terputus. Ini boleh menyebabkan
kebakaran. Elakkan situasi berikut:
– Menyambung dan memutuskan sambungan
kord kuasa dengan kerap.
– Kord kuasa belantik.
– Kord kuasa dibengkokkan berdekatan
bahagian sambungan dan tekanan berterusan
dikenakan terhadap saluran keluar kuasa atau
bahagian sambungan.
– Menggunakan daya berlebihan pada palam kuasa.
AWAS
Pasang mesin ini berhampiran dengan saluran
kuasa dan tinggalkan ruang yang mencukupi di
sekitar palam kuasa supaya dapat dicabut
dengan mudah dalam keadaan kecemasan.
PENTING
Apabila menyambung kuasa
Jangan sambungkan kord kuasa pada sumber
kuasa tidak terganggu. Melakukan demikian
boleh menyebabkan kegagalan fungsi atau
kerosakan pada mesin semasa gangguan kuasa.
Jika anda memasang mesin ini ke dalam saluran
kuasa AC dengan berbilang soket, jangan gunakan
soket yang tinggal untuk menyambung peranti lain.
Jangan sambungkan kord kuasa ke saluran
kuasa tambahan AC pada komputer.
Langkah berjaga-jaga lain
Hingar elektrik boleh menyebabkan mesin ini
rosak atau kehilangan data.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido