Canon imageCLASS MF735C Serie Introducción página 67

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 38
Pengendalian
AMARAN
Cabut palam kuasa daripada saluran kuasa AC
dengan segera dan hubungi pengedar Canon
yang sah jika mesin mengeluarkan bunyi luar
biasa, mengeluarkan bau yang luar biasa, atau
mengeluarkan asap atau haba yang
berlebihan. Penggunaan berterusan boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan buka atau ubah suai mesin ini.
Terdapat komponen bervoltan tinggi dan
bersuhu tinggi di dalam mesin. Penceraian
atau pengubahsuaian boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
Letakkan mesin jauh daripada kanak-kanak
supaya tidak tersentuh kord kuasa dan kabel
atau gear lain serta bahagian elektrik di dalam
mesin. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka.
Jangan gunakan semburan mudah terbakar
berhampiran mesin ini. Jika bahan-bahan
mudah terbakar bersentuhan dengan bahagian-
bahagian elektrik di dalam mesin ini, ia boleh
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Apabila mengalihkan mesin ini, pastikan kuasa
mesin DIMATIKAN dan kemudian cabut palam
kuasa dan kabel antara muka. Kegagalan
berbuat demikian boleh merosakkan kord kuasa
atau kabel antara muka, ini boleh
mengakibatkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Apabila memasang atau mencabut palam
kabel USB semasa palam kuasa dipasang pada
saluran kuasa AC, jangan sentuh bahagian
logam penyambung, kerana ini boleh
menyebabkan kejutan elektrik.
Gunakan kabel modular yang lebih pendek
daripada 3 meter.
Gunakan kabel USB yang lebih pendek
daripada 3 meter.
FJika bunyi operasi mesin mengganggu anda
Bergantung pada persekitaran penggunaan dan
mod operasi, jika bunyi operasi mengganggu
anda, disyorkan bahawa mesin dipasang di
tempat selain daripada pejabat.
Jika anda menggunakan perentak jantung
Mesin ini menghasilkan fluks magnet tahap rendah.
Jika anda menggunakan perentak jantung dan berasa
tidak selesa, sila jauhkan diri daripada mesin ini dan
berjumpa dengan doktor anda dengan segera.
AWAS
Jangan letakkan objek berat di atas mesin ini
kerana ia boleh jatuh dan menyebabkan
kecederaan.
Untuk keselamatan, cabut palam kuasa jika
mesin tidak akan digunakan untuk tempoh
masa yang lama.
Sila berhati-hati apabila membuka dan
menutup penutup untuk mengelakkan
kecederaan pada tangan anda.
Jauhkan tangan dan pakaian dari pengguling
di kawasan output. Jika tangan atau pakaian
anda tersangkut pada pengguling, ini boleh
menyebabkan kecederaan diri.
Bahagian dalam mesin dan slot output adalah
sangat panas ketika dan sejurus selepas
digunakan. Elakkan sentuhan dengan kawasan
ini untuk mengelakkan luka terbakar. Juga,
kertas bercetak mungkin panas sejurus selepas
dioutput, oleh itu sila berhati-hati apabila
mengendalikannya. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan luka terbakar.
Berhati-hati supaya tidak menjatuhkan objek
berat, seperti kamus, di atas kaca platen. Ini
akan merosakkan kaca platen dan
mengakibatkan kecederaan.
Jangan bawa mesin dengan laci kertas pilihan
dipasang. Jika tidak, laci kertas akan jatuh dan
mengakibatkan kecederaan.
Penyuap (hanya untuk produk dengan penyuap)
Jangan tekan penyuap dengan kuat ke bawah
apabila menggunakan kaca platen untuk
membuat salinan buku tebal. Dengan berbuat
demikian boleh merosakkan kaca platen dan
mengakibatkan kecederaan diri.
Tutup penyuap dengan perlahan-lahan untuk
mengelak tangan anda daripada tersangkut
kerana ini boleh menyebabkan kecederaan diri.
Tutup penyuap dengan perlahan-lahan untuk
mengelak tangan anda daripada tersangkut di
belakang penyuap kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan diri.
Penyudah (hanya untuk produk dengan
penyudah)
Jangan letakkan tangan anda di bahagian
dulang tempat pengokotan dilakukan
(berhampiran pengguling), berikan perhatian
terutamanya terhadap dawai kokot yang tajam,
kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan diri.
Laci kertas (hanya untuk produk dengan laci
kertas)
Jangan masukkan tangan anda ke dalam mesin
semasa laci kertas itu dikeluarkan, kerana ini
boleh mengakibatkan kecederaan diri.
Kunci Penjimat Tenaga (hanya untuk produk
dengan kunci Penjimat Tenaga)
Tekan
(Penjimat Tenaga) untuk keselamatan
apabila mesin tidak akan digunakan untuk
tempoh masa yang lama seperti semalaman.
MATIKAN juga suis kuasa utama dan putuskan
sambungan kord kuasa untuk keselamatan
apabila mesin tidak akan digunakan untuk
tempoh masa yang berlanjutan seperti semasa
cuti yang berturut-turut.
Keselamatan Laser
Produk ini disahkan sebagai produk laser Kelas 1
dalam IEC60825-1:2014 dan EN60825-1:2014.
CLASS 1 LASER PRODUCT
LASER KLASSE 1
APPAREIL À LASER DE CLASSE 1
APPARECCHIO LASER DI CLASSE 1
PRODUCTO LÁSER DE CLASE 1
APARELHO A LASER DE CLASSE 1
LUOKAN 1 LASER-TUOTE
LASERPRODUKT KLASS 1
Pancaran laser boleh berbahaya bagi badan
manusia. Oleh kerana sinaran yang dikeluarkan di
dalam produk benar-benar terbatas di dalam
perumah pelindung dan penutup luar, pancaran
laser tidak dapat terlepas daripada mesin ketika
mana-mana fasa operasi pengguna. Baca
kenyataan berikut dan arahan untuk keselamatan.
Jangan buka penutup selain daripada yang
diarahkan dalam manual untuk mesin ini.
Jika pancaran laser terlepas dan terkena pada
mata anda, pancaran tersebut boleh
menyebabkan kerosakan pada mata anda.
AWAS
Penggunaan kawalan, pelarasan atau
pelaksanaan prosedur selain daripada yang
ditentukan dalam manual ini boleh
menyebabkan pendedahan radiasi berbahaya.
Langkah berjaga-jaga lain
Ikut arahan pada label amaran yang
dilampirkan pada mesin ini.
Jangan dedahkan mesin terhadap kejutan kuat
atau gegaran.
Jangan secara paksa membuka dan menutup
pintu, penutup dan bahagian lain. Melakukan
demikian boleh menyebabkan kerosakan pada
mesin.
Jangan sentuh kontak katrij toner ( 
akan mengakibatkan kerosakan kepada mesin.
a
Jangan MATIKAN suis kuasa utama atau buka
penutup semasa mesin sedang beroperasi. Ini
boleh menyebabkan kertas tersekat.
Apabila mengangkut mesin
Untuk menghalang kerosakan kepada mesin
semasa pemindahan, lakukan perkara berikut.
Gantikan katrij toner.
Bungkus mesin dengan ketat dalam kotak asal
dengan bahan pembungkus.
  ). Ini
Ms
67

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido