Canon imageCLASS MF735C Serie Introducción página 69

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 38
Lokasi yang terdedah kepada suhu tinggi dan
kelembapan tinggi
Lokasi yang terdedah kepada perubahan suhu
atau kelembapan mengejut yang mungkin
akan memudahkan pemeluwapan
Lokasi dengan debu yang banyak
Lokasi yang senang dicapai oleh kanak-kanak
Berhati-hati dengan kartrij toner yang palsu
Sila ambil perhatian bahawa terdapat kartrij
toner Canon yang palsu di pasaran.
Penggunaan kartrij toner yang palsu mungkin
mengakibatkan kualiti cetakan yang rendah
atau prestasi mesin yang tidak baik. Canon
tidak bertanggungjawab atas sebarang
kepincangan, kemalangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan kartrij toner
palsu.
Untuk maklumat lanjut, lihat
com/counterfeit.
Tempoh ketersediaan bagi bahagian
pembaikan dan katrij toner.
Bahagian pembaikan dan katrij toner bagi
mesin akan tersedia sekurang-kurangnya tujuh
(7) tahun selepas pengeluaran bagi model
mesin ini telah dihentikan.
Bahan pembungkusan kartrij toner
Simpan beg pelindung bagi katrij toner dan
tudung pelindung bagi dram. Ia diperlukan
semasa mengalihkan mesin ini.
Bahan pembungkus mungkin berubah dalam
bentuk perletakan, atau mungkin ditambah
atau dikeluarkan tanpa notis.
Lupuskan pita pelekat yang ditanggalkan
mengikut peraturan tempatan.
Semasa melupuskan katrij toner terpakai
Lekatkan tudung pelindung bagi dram,
letakkan katrij toner ke dalam beg
pelindungnya untuk menghalang toner
daripada menitik dan kemudian lupuskan katrij
toner mengikut peraturan tempatan.
Notis
Nama Produk
Peraturan keselamatan memerlukan nama produk
untuk didaftarkan.
Di sesetengah wilayah tempat produk ini dijual,
nama dalam kurungan ( ) berikut mungkin
didaftarkan sebagai ganti.
imageCLASS MF735Cx (F170402)
Keperluan EMC bagi Arahan EC
Peralatan ini mematuhi keperluan yang penting
dalam EMC bagi Arahan EC. Kami memperakui
bahawa produk ini mematuhi keperluan EMC
bagi Arahan EC pada input utama nominal 230 V,
50 Hz walaupun input produk berkadar ialah 220
sehingga 240 V, 50/60 Hz. Penggunaan kabel
terlindung adalah cukup untuk mematuhi
kehendak teknikal EMC bagi Arahan EC.
Regulatory information for users in Argentina
Incluye módulo Wireless LAN Module Marca
AzureWave, Modelo AW-NM383, CNC C-13282
Regulatory information for users in Uruguay
imageCLASS MF735Cx contains URSEC approved
Wireless LAN Module (Model name: AW-NM383).
Regulatory information for users in Singapore
Complies with
IMDA Standards
DB00671
Regulatory information for users in Thailand
imageCLASS MF735Cx includes approved Wireless
LAN Module (Model name: AW-NM383).
This telecommunication equipment conforms to
NTC technical requirement.
Penafian
Maklumat dalam dokumen ini tertakluk pada
perubahan tanpa notis.
CANON INC. TIDAK MEMBUAT APA-APA
http://canon.
JAMINAN BERHUBUNG BAHAN INI, SAMA ADA
NYATA ATAU TERSIRAT, KECUALI YANG
DISEDIAKAN DALAM INI, TERMASUK TANPA
HAD, DARIPADA, JAMINAN KEBOLEHPASARAN,
KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN BAGI
TUJUAN TERTENTU PENGGUNAAN ATAU
BUKAN PELANGGARAN. CANON INC. TIDAK
AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG
KEROSAKAN LANGSUNG, SAMPINGAN ATAU
APA JUA, ATAU KERUGIAN ATAU
PERBELANJAAN LANGSUNG, YANG TERHASIL
DARIPADA PENGGUNAAN BAHAN INI.
Mengenai Manual Ini
Kekunci dan Butang Digunakan dalam Manual
Ini
Simbol dan nama kekunci berikut ialah beberapa
contoh bagaimana kekunci perlu ditekan dinyatakan
dalam manual ini.
Kekunci panel operasi: [Ikon kekunci]
Contoh:
Paparan: <Tentukan Destinasi.>
Butang dan item pada paparan komputer :
[Keutamaan]
Ilustrasi dan Paparan Digunakan dalam Manual
Ini
Ilustrasi dan paparan digunakan dalam manual ini
ialah imageCLASS MF735Cx melainkan dinyatakan.
Tanda dagangan
Mac ialah tanda dagangan Apple Inc.
Microsoft, Windows, Windows Vista, Windows
Server, Internet Explorer, Excel, dan PowerPoint
ialah sama ada tanda dagangan berdaftar atau
tanda dagangan Microsoft Corporation di
Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
Produk dan nama syarikat lain di sini mungkin
tanda dagangan bagi pemilik masing-masing.
Perisian Pihak Ketiga
Produk Canon ini ("PRODUK") termasuklah modul
perisian pihak ketiga. Penggunaan dan pengagihan
modul perisian ini, termasuk sebarang kemas kini
modul perisian tersebut (secara kolektif, "PERISIAN)
adalah tertakluk kepada syarat lesen (1) hingga (9) di
bawah.
(1) Anda bersetuju bahawa anda akan mematuhi
mana-mana undang-undang, larangan atau
peraturan kawalan eksport yang diterima
guna bagi negara yang terlibat dalam
peristiwa PRODUK ini termasuk PERISIAN
dihantar, dipindahkan atau dieksport ke
mana-mana negara.
(2) Pemilik hak PERISIAN mengekalkan dalam
semua hal, tajuk, pemilikan dan hak milik
intelektual dalam dan kepada PERISIAN.
Kecuali diberikan dengan jelas di dalam ini,
tiada lesen atau hak, tersurat atau tersirat,
dengan ini disampaikan atau diberikan oleh
pemilik hak PERISIAN kepada anda untuk
mana-mana harta intelektual pemegang hak
PERISIAN.
(3) Anda boleh menggunakan PERISIAN hanya
untuk penggunaan bersama PRODUK.
(4) Anda tidak boleh menugaskan, memberi
sublesen, memasarkan, mengagih atau
memindahkan PERISIAN kepada mana-mana
pihak ketiga tanpa izin bertulis pemegang hak
PERISIAN terlebih dahulu.
(5) Walau apa pun yang disebut di atas, anda
boleh memindahkan PERISIAN hanya apabila
(a) anda menugaskan semua hak anda kepada
PRODUK dan semua hak dan kewajipan di
bawah syarat lesen kepada penerima
pindahan dan (b) penerima pindahan tersebut
bersetuju untuk diikat dengan semua syarat
ini.
(6) Anda tidak boleh menyahkompil, mengatur
semula, memisahkan bahagian atau
sebaliknya mengurangkan kod PERISIAN
kepada bentuk boleh dibaca manusia.
(7) Anda tidak boleh mengubah suai, menerima
pakai, menterjemah, menyewa, memajakkan
atau meminjamkan PERISIAN atau mencipta
kerja tidak asli berasaskan PERISIAN.
(8) Anda tidak berhak untuk membuang atau
membuat salinan berlainan bagi PERISIAN
daripada PRODUK.
(9) Bahagian boleh dibaca manusia (kod sumber)
PERISIAN adalah tidak diberi lesen kepada
anda.
Walau apa pun (1) hingga (9) di atas, PRODUK ini
menyertakan modul perisian pihak ketiga
mempersampingkan syarat lesen lain, dan modul
perisian ini adalah tertakluk kepada syarat lesen lain.
Sila rujuk kepada syarat lesen lain bagi modul
perisian yang dinyatakan dalam Lampiran Manual
bagi PRODUK berkenaan. Manual ini tersedia di
http://canon.com/oip-manual.
Dengan menggunakan PRODUK ini, anda akan
dianggap bersetuju dengan syarat lesen yang
dikenakan. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat
lesen ini, sila hubungi wakil perkhidmatan anda.
Ms
69

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido