Descargar Imprimir esta página

DJI D12000iE Guía De Usuario página 48

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 82
Penafian
Tahniah atas pembelian produk DJI
selamat dan sah yang disediakan DJI dengan teliti sebelum penggunaan. Kegagalan untuk membaca dan
mengikut arahan serta amaran boleh mengakibatkan kecederaan serius terhadap diri anda atau orang lain,
kerosakan produk DJI anda atau kerosakan objek lain di sekitarnya. Dengan menggunakan produk ini, anda
dengan ini menandakan bahawa anda telah membaca dokumen ini dengan teliti dan bahawa anda memahami
serta bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat dalam dokumen ini serta semua dokumen yang
berkaitan dengan produk ini. Anda bersetuju untuk hanya menggunakan produk ini untuk tujuan yang wajar.
Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tingkah laku anda sendiri semasa
menggunakan produk ini dan atas segala akibatnya. DJI tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan,
kecederaan atau apa-apa tanggungjawab undang-undang yang timbul secara langsung atau tidak langsung
akibat daripada penggunaan produk ini.
DJI ialah tanda dagangan SZ DJI TECHNOLOGY CO., LTD. (disingkatkan sebagai "DJI") dan syarikat
gabungannya. Nama produk, jenama dan lain-lain yang terdapat dalam dokumen ini ialah tanda dagangan atau
tanda dagangan berdaftar syarikat pemiliknya masing-masing. Hak cipta produk dan dokumen ini adalah milik
DJI dan semua hak cipta adalah terpelihara. Tiada bahagian produk atau dokumen ini boleh diterbitkan semula
dalam sebarang bentuk tanpa kebenaran bertulis atau keizinan DJI terlebih dahulu.
Dokumen ini serta semua dokumen sandaran lain boleh berubah mengikut budi bicara DJI. Kandungan ini
tertakluk kepada perubahan tanpa notis terdahulu. Untuk maklumat produk terkini, lawati http://www.dji.com
dan klik pada halaman produk bagi produk ini.
Amaran
1. Sila baca arahan berikut dengan teliti sebelum penggunaan. Kegagalan mematuhi arahan yang berkaitan
mungkin mengakibatkan kerosakan harta benda, kecederaan diri atau kematian. Amaran dan langkah
berjaga-jaga dalam manual ini tidak merangkumi semua situasi yang mungkin berlaku dan pengguna
memerlukan pertimbangan akal semasa menggunakan produk serta mengekalkan sikap berhati-hati.
2. Pengguna perlu memahami operasi semua komponen kawalan dan mengetahui cara menghentikan
penjana sewaktu kecemasan.
3. Enjin belum diisi dengan minyak sebelum meninggalkan kilang. Tambah minyak enjin SJ 10W-40 (atau
setara) sebelum penggunaan.
4. Untuk mencabut atau menyambung semula sambungan antara modul DC dan penjana, matikan penjana
terlebih dahulu. JANGAN lakukan operasi ini semasa penjana sedang berfungsi.
5. Penjana mesti diletakkan atas permukaan yang rata dan stabil sekurang-kurangnya sejauh 1.5 m dari
bangunan atau peralatan lain. Pastikan terdapat ruang yang mencukupi untuk pengudaraan.
6. Penjana perlu dimatikan semasa mengisi minyak.
7. JANGAN merokok berhampiran tangki bahan api penjana dan jauhkan penjana daripada api atau percikan
api.
8. Gunakan penjana di ruang luar yang terbuka dengan pengudaraan yang baik. Untuk mengelakkan
kebakaran, pastikan tiada bahan mudah terbakar berhampiran peredam bunyi atau port ekzos semasa
penjana sedang digunakan.
9. Pastikan penjana bersih dan kemas. Gunakan tuala kering untuk membersihkan penjana jika terdapat
sebarang tumpahan bahan api atau bahan mudah terbakar pada penjana.
10. JANGAN sentuh enjin atau peredam bunyi semasa penjana sedang berfungsi untuk mengelakkan daripada
melecur.
11. JANGAN sambungkan penjana kepada bekalan sesalur atau penjana lain. Penjana tersebut mesti
digunakan secara bersendirian.
12. Letakkan penjana di lokasi yang jauh daripada orang yang lalu lalang atau kanak-kanak. Kanak-kanak tidak
dibenarkan untuk mengendalikan penjana. Jauhkan kanak-kanak dan haiwan daripada ruang pengendalian.
13. Beri perhatian khusus kepada tanda amaran dan petunjuk serta kejelasan pada penjana seperti yang
ditunjukkan di bawah:
: BAHAYA Gas Beracun, Risiko Lemas
: BAHAYA Elektrik
: AWAS Risiko Melecur
14. Pastikan bahawa terdapat sedikit atau tiada bahan api di dalam tangki bahan api sebelum pengangkutan
untuk mengelakkan tumpahan.
TM
baharu anda. Baca keseluruhan dokumen ini serta semua amalan
: BAHAYA Risiko Renjatan Elektrik
: BAHAYA Risiko Kebakaran
: Isi Minyak Enjin
: Isi semula minyak
47

Publicidad

loading