Descargar Imprimir esta página

DJI D12000iE Guía De Usuario página 58

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 82
• Minyak enjin memberi kesan ketara terhadap prestasi enjin dan merupakan faktor utama yang menentukan hayat
perkhidmatannya. Anda disyorkan supaya menggunakan minyak yang sesuai untuk enjin kereta empat lejang serta
memenuhi atau menjangkaui piawaian SJ mengikut klasifikasi API. Biasanya, gred API dipaparkan pada bungkusan
botol minyak enjin. Pastikan tertera SJ atau gred yang lebih tinggi. Jenis minyak enjin yang disyorkan ialah SJ 10W-40.
• Bagi mengelakkan kerosakan terhadap alam sekitar, anda disyorkan supaya menyimpan minyak enjin terpakai dalam
bekas dan menyerahkan bekas tersebut kepada pusat kitar semula yang khusus. JANGAN buang minyak enjin
terpakai bersama sisa isi rumah biasa, di atas tanah atau ke dalam longkang pembetung.
Semak dan Membersihkan Bahagian Penapis Udara
1. Tanggalkan penutup penapis udara primer dan
keluarkan bahagian penapis span. Bersihkan
bahagian penapis span dengan teliti menggunakan
air sabun suam dan keringkan di bawah sinaran
matahari. Bersihkan habuk di dalam bekas
penapis.
2. Rendamkan bahagian penapis span dalam minyak
enjin yang bersih dan perah keluar minyak enjin
yang berlebihan. Letakkan semula bahagian
penapis span ke dalam penapis dan pasang
semula penutup.
3. Tanggalkan penutup penapis udara sekunder dan keluarkan bahagian penapis kertas. Jika permukaan
bahagian penapis kertas dibasahi minyak enjin atau bahan api atau jelas kotor dan berubah warna melebihi
10%, hubungi pengedar sah DJI atau Sokongan DJI untuk menggantikan bahagian penapis kertas
tersebut. Jika bahagian penapis kertas tidak perlu diganti, ketukkan ia dengan lembut di atas tanah untuk
menghilangkan sebarang habuk dan serpihan. Bersihkan habuk di dalam bekas penapis dan gunakan ejen
pembersih karburetor untuk membersihkan minyak enjin pada penutup dan lap sehingga kering.
4. Masukkan semula bahagian penapis kertas yang kering ke dalam penapis dan pasangkan semula penutup.
• Gantikan bahagian penapis span jika bahagian tersebut rosak sewaktu pembersihan.
• JANGAN gunakan peniup udara atau udara termampat untuk membersihkan bahagian penapis kertas kerana hal ini
boleh menyebabkan kerosakan pada pori saluran masuk bahagian tersebut.
• Pastikan gelang pengedap dalam alur masih berkeadaan baik apabila memasang penutup sekali lagi.
Membersihkan Perangkap Pencucuh
1. Gunakan pemutar skru untuk menanggalkan bolt
serta penutup pelindung. Keluarkan perangkap
pencucuh.
2. Semak perangkap pencucuh. Cuci dengan ejen
pembersih untuk karburetor serta buangkan kerak
menggunakan berus dawai. Gantikan perangkap
pencucuh sekiranya rosak.
3. Pasangkan perangkap pencucuh yang telah
dibersihkan atau yang baharu dan ketatkan bolt.
Bahagian
Penapis Span
Penapis Kertas
Bahagian
57

Publicidad

loading