PELUPUSAN
Selepas selesai rawatan ortodontik anda, buang
pelekap mulut ke dalam tong sampah untuk
dilupuskan. Peranti getaran dan kabel pengecasan
perlu dibuang di tempat berasingan untuk
peralatan elektrik dan elektronik mengikut
peraturan tempatan anda.
Peralatan elektrik dan elektronik yang sudah
diguna pakai (WEEE) tidak boleh dicampurkan
dengan sisa am isi rumah. Untuk proses rawatan,
pemulihan dan kitar semula yang betul, sila bawa
produk ini ke pusat pengumpulan yang ditetapkan
dan ia akan diterima secara percuma. Pelupusan
produk ini dengan betul akan membantu
menjimatkan sumber berharga dan mengelakkan
sebarang potensi kesan negatif terhadap kesihatan
manusia dan alam sekitar yang mungkin timbul
daripada pengendalian sisa yang tidak sesuai.
Sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda
untuk mendapatkan butiran lanjut tentang
tempat pengumpulan terdekat yang ditetapkan/
tempat pengumpulan sisa berbahaya isi rumah
anda. Penalti mungkin dikenakan untuk proses
pelupusan sisa yang salah menurut perundangan
negara anda.
PENDEDAHAN DAN GANGGUAN
• Peralatan ini telah diuji dan disahkan mematuhi
had untuk peranti digital Kelas B, menurut
Bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk
memberikan perlindungan munasabah terhadap
gangguan yang berbahaya dalam pemasangan
di tempat kediaman. Peralatan ini menjana,
menggunakan dan boleh memancarkan tenaga
frekuensi radio dan, jika ia tidak dipasang
dan digunakan mengikut arahan, ia boleh
menyebabkan gangguan berbahaya kepada
komunikasi radio. Walau bagaimanapun,
tiada jaminan gangguan tidak akan berlaku
dalam proses pemasangan. Jika peralatan
ini menyebabkan gangguan berbahaya
kepada penerimaan radio atau televisyen, ia
boleh ditentukan dengan memadamkan dan
menghidupkan peralatan. Pengguna digalakkan
untuk membetulkan gangguan dengan
mengambil salah satu atau lebih langkah berikut:
Mengorientasi semula atau mengubah semula
tempat penerimaan antena. Tambah jarak
pemisahan di antara peralatan dan penerima.
Sambungkan peralatan ke alur keluar pada litar
yang berbeza daripada yang disambungkan
kepada penerima. Rujuk pengedar atau
juruteknik radio/TV yang berpengalaman untuk
mendapatkan bantuan.
• Perubahan atau pengubahsuaian yang
tidak diluluskan secara nyata oleh pihak
yang bertanggungjawab bagi pematuhan
boleh membatalkan kuasa pengguna untuk
mengendalikan peralatan.
• Peranti ini mematuhi bahagian 15 Peraturan
FCC. Operasi peranti tertakluk kepada
dua keadaan berikut: (1) Peranti ini tidak
menyebabkan gangguan berbahaya, dan (2)
peranti ini mesti menerima sebarang gangguan
yang ada termasuk gangguan yang mungkin
menyebabkan operasi yang tidak diingini.
• Bagi mematuhi keperluan Pendedahan FCC/
RF, peranti ini perlu dipasang dengan jarak
pemisahan sekurang-kurangnya 20cm daripada
badan manusia semasa mengecas.
NOTIS PEMBERITAHUAN INSIDEN
SERIUS
Jika insiden serius berlaku dengan peranti
perubatan ini, laporkannya kepada pengilang dan
kepada pihak berkuasa perubatan yang di iktiraf
negara pengguna/pesakit.
PENGGANTIAN
Jika Peranti Getaran SureSmile VPro anda atau
mana-mana komponennya, tidak lagi berfungsi
dengan betul atau memerlukan pembaikan,
segera hubungi doktor yang bertanggungjawab
bagi rawatan ortodontik anda. Jangan cuba baiki
atau melakukan penyelenggaraan pada peranti.
Pengubahsuaian pada Peranti Getaran SureSmile
VPro adalah tidak dibenarkan.
JAMINAN TERHAD
Dentsply Sirona, Inc. memberi jaminan kepada
pembeli asal yang Peranti Getaran SureSmile VPro
bebas daripada kerosakan selama satu (1) tahun dari
tarikh pembelian asal.
Jaminan tunggal Dentsply Sirona adalah mengikut
budi bicara Dentsply Sirona bagi menggantikan
peranti dengan produk yang setanding atau
memulangkan harga asal yang dibayar oleh
pembeli untuk peranti itu selepas pengesahan
kerosakan yang layak dibayar balik. Jaminan
hanya boleh dituntut oleh pakar ortodontik atau
doktor gigi asal yang membuat pembelian dari
Dentsply Sirona. Jaminan ini tidak diguna pakai
sekiranya haus dan lusuh yang tidak menjejaskan
fungsi peranti mahupun sebarang kerosakan
atau kepincangan pada fungsi yang disebabkan
oleh penyalahgunaan, pengabaian atau sebarang
sebab selain daripada penggunaan biasa yang
dimaksudkan.
31