Alfa Laval 34500021401 Manual De Instrucciones página 91

Intercambiadores de calor soldados
Tabla de contenido

Publicidad

Sambungan (Rajah 3)
Sambungan terulir – Gunakan sepana kilas semasa
menyambungkan paip dan patuhi had yang
dinyatakan. Beberapa model dibekalkan bersama jenis
sambungan Victaulic.
Sambungan terpateri – Bersihkan dengan menggosok
dan menyahgris kesemua permukaan yang berbeza.
Gunakan gred logam pateri yang sesuai untuk bahan
yang dipateri, dan gunakan suhu pematerian yang
betul. Untuk maklumat terperinci rujuk dokumen "Tiub
pematerian untuk penukar haba terpateri" atau hubungi
wakil Alfa Laval.
Sambungan terkimpal – Kimpalan TIG atau MIG. Kisar
di dalam dan di luar paip dan, jika serong, hujung
serong sekurang-kurangnya 25 mm daripada hujung
paip dan ke arah dalam. Ini perlu dilakukan untuk
mengelakkan pencemaran tembaga di dalam kawasan
yang dikimpal, yang boleh menyebabkan kimpalan
retak.
Nota: Lindungi penukar haba daripada pemanasan berlebihan
dengan membalutkan sehelai kain basah di keliling
sambungan setiap kali sebarang pematerian atau kimpalan
dilakukan. Pemanasan berlebihan boleh mencairkan logam
pematerian dalaman di dalam penukar haba. Rujuk rajah 3.
Awas: Semasa menanggalkan penukar haba daripada
sistem perpaipan gunakan peralatan perlindungan
yang sesuai, seperti kasut keselamatan, sarung tangan
keselamatan dan perlindungan mata, bergantung pada
jenis media di dalam penukar haba.
Risiko penyejukbekuan
Awas: Berhati-hati mengenai risiko penyejukbekuan
pada suhu rendah untuk mengelakkan kerosakan
kepada penukar Haba. Penukar haba yang tidak
digunakan perlu dikosongkan dan disembur kering
setiap kali terdapat risiko penyejukbekuan.
Nota: Untuk mengelakkan kerosakan akibat penyejukbekuan,
medium yang digunakan mesti termasuk ejen anti beku pada
keadaan pengendalian di bawah takat penyejukbekuannya.
Nota: Apabila digunakan sebagai penyejat
• Gunakan suis aliran dan suis tekanan rendah.
• Gunakan termostat anti beku dan pemantau aliran untuk
memastikan aliran air yang malar sebelum, semasa dan
selepas pemampat telah berjalan.
• Elakkan "pam turun", iaitu mengosongkan penyejat dengan
menjalankan pemampat selepas penutupan sehingga
tekanan bahan penyejuk yang dipraset dicapai. Suhu
kemudiannya boleh jatuh di bawah titik penyejukbekuan
garam, yang boleh merosakkan penyejat.
Perlindungan daripada tersumbat
Gunakan penapis sebagai perlindungan daripada
kemungkinan berlakunya partikel asing. Jika anda
mempunyai sebarang keraguan mengenai saiz partikel
maksimum, rujuk wakil pembekal terdekat anda atau
cari di bawah maklumat Produk di laman Internet
pembekal.
Kawalan dan operasi
Awas: Jangan gunakan penukar haba untuk media
(cth. air ternyahion)/pemasangan (cth. paip tergalvani)
yang (secara kimia/elektrokimia) boleh memberi kesan
atau menerima kesan oleh plat (Keluli tahan karat) dan
bahan pematerian (Tembaga).
Nota: Tembaga boleh menghasilkan pengakisan di dalam
pemasangan yang mempunyai bahan bercampur
Nombor bahagian 340500021401
Penukar Haba Terpateri Alfa Laval
89

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido