Philips Daily Collection HR2011/16 Manual De Instrucciones página 42

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 1
BaHasa MElayu
42
awas
-
Jangan sekali-kali mengisi balang pengisar dengan bahan yang lebih panas dari 80ºC.
-
Untuk mencegah tumpahan, jangan masukkan lebih daripada 1.25 liter cecair ke dalam balang
pengisar, lebih-lebih lagi apabila anda mengisar pada kelajuan tinggi. Jangan masukkan lebih
daripada 1 liter ke dalam balang pengisar apabila anda mengisar cecair panas atau bahan yang
mudah berbuih.
-
Jika makanan melekat pada dinding balang pengisar, matikan perkakas dan cabut plagnya.
Kemudian gunakan spatula untuk mengeluarkan makanan tersebut dari dinding.
-
Sentiasa pastikan tudung ditutup/dipasang dengan betul pada balang dan cawan penyukat
dimasukkan dengan betul ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas.
-
Jangan sekali-kali terlupa untuk memasukkan gelang kedap ke dalam unit mata pisau sebelum
anda memasang unit mata pisau pada balang pengisar, kerana jika tidak bocor akan berlaku.
-
Jangan biarkan perkakas berjalan selama lebih daripada 3 minit setiap kali.
-
Sentiasa biarkan perkakas menyejuk ke suhu bilik selepas anda memproses setiap kelompok.
pengisar (HR2011/HR2001 sahaja)
amaran
-
Jangan sekali-kali menggunakan pengisar untuk mengisar bahan-bahan yang sangat keras seperti
buah pala, gula-gula keras dan ketulan ais.
-
Jangan sentuh mata pisau pemotongan pada unit pisau pengisar apabila anda membersihkannya.
Ia sangat tajam dan jari anda boleh terpotong dengan mudah.
awas
-
Jangan sekali-kali menggunakan pengisar melebihi 30 saat tanpa henti seketika. Benarkan pengisar
menyejuk untuk sekurang-kurangnya 1 minit di antara kitaran pemprosesan.
-
Jangan sekali-kali lupa menempatkan gelang pengedap di dalam unit mata pisau sebelum
memasang balang pengisar. Jika tidak, bocor akan berlaku.
-
Sentiasa proseskan bunga cengkih, bunga lawang dan jintan manis bersama-sama dengan bahan-
bahan lain. Jika diproses berasingan, bahan-bahan ini mungkin merosakkan bahan plastik perkakas
ini.
-
Bikar pengisar mungkin berubah warna apabila pengisar digunakan untuk memproses bahan-
bahan seperti bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis.
-
Pengisar tidak sesuai digunakan untuk mencincang daging mentah. Gunakan blender untuk tujuan
ini.
-
Jangan gunakan pengisar untuk memproses cecair seperti jus buah-buahan.
penuras (HR2004 sahaja)
awas
-
Jangan sekali-kali menggunakan penapis untuk memproses bahan-bahan yang lebih panas
daripada 80 C.
-
Jangan sekali-kali terlalu membebankan penuras. Jangan masukkan lebih daripada 60g kacang soya
kering atau 120g buah-buahan ke dalam penuras pada waktu yang sama.
-
Sentiasa pastikan tudung ditutup/dipasang dengan betul dan cawan penyukat dimasukkan dengan
betul ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas.
-
Potong buah menjadi kepingan lebih kecil sebelum memasukkannya ke dalam penapis.
-
Rendam bahan kering, seperti kacang soya, sebelum memasukkannya ke dalam penapis.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido