Atos PROVOX TruTone EMOTE Instrucciones De Uso página 195

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 40
Maklumat Bantuan Pertuturan Elektrolarinks
Tujuan Penggunaan: Elektrolarinks ialah larinks tiruan berkuasa bateri yang
digunakan secara luaran dan bertujuan untuk digunakan apabila ketiadaan larinks
untuk menghasilkan bunyi. Apabila diletakkan pada kulit di kawasan kotak suara atau
dengan memasukkan tiub dalam rongga mulut (dengan penyesuai mulut), peranti ini
menghasilkan getaran mekanikal yang bergema dalam rongga mulut dan hidung dan
boleh ditinggirendahkan oleh lidah dan bibir secara normal, dengan itu membolehkan
pengeluaran pertuturan.
Pengendali sasaran: Pesakit adalah pengendali yang disasarkan.
Bahagian Digunakan:Keseluruhan peranti ini dianggap Jenis BF Bahagian Digunakan
Keadaan Persekitaran untuk Pengendalian: +5°C hingga +25°C; 15% hingga
93% kelembapan relatif; 700 hPa hingga 1,060 hPa
Keadaan Persekitaran untuk Pengangkutan dan Penyimpanan: Untuk mengekalkan
hayat bateri yang optimum, pastikan keadaan persekitaran berikut: -20°C hingga
+25°C; 0% hingga 45% kelembapan relatif.
Mod Pengendalian: 30 minit pengaktifan semasa tempoh 24 jam
Sumber Kuasa: Dikuasakan secara dalaman. Lihat manual pengguna peranti anda
untuk maklumat lengkap.
Tempoh Guna Yang Dijangkakan: Tempoh guna yang dijangkakan adalah antara
1-5 tahun, bergantung kepada model.
Medan Magnetik dan Elektromagnet:
• Peranti ini mematuhi bahagian 15 Peraturan FCC. Pengendalian tertakluk kepada
dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan berbahaya
dan (2) peranti ini mesti menerima apa-apa gangguan yang diterima, termasuk
gangguan yang boleh menyebabkan pengendalian yang tidak diingini.
• Nota: Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti digital
Kelas B, menurut bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk memberikan
perlindungan munasabah terhadap gangguan yang berbahaya dalam pemasangan
kediaman. Peralatan ini menjana, menggunakan dan boleh memancarkan
tenaga frekuensi radio dan jika tidak dipasang dan digunakan mengikut arahan,
boleh menyebabkan gangguan yang berbahaya kepada komunikasi radio.
Walau bagaimanapun, tidak ada jaminan bahawa gangguan tidak akan berlaku
dalam pemasangan tertentu. Jika peralatan ini menyebabkan gangguan yang
berbahaya kepada penerimaan radio atau televisyen, yang boleh ditentukan
dengan mematikan dan menghidupkan peralatan ini, pengguna digalakkan untuk
membetulkan gangguan tersebut dengan satu atau lebih langkah berikut:
○ Mengorientasi semula atau menempatkan semula antena penerima.
○ Tingkatkan jarak antara peralatan dan penerima.
○ Sambungkan peralatan ke saluran keluar pada litar yang berlainan daripada yang
disambungkan kepada penerima.
○ Rujuk penjual atau juruteknik radio/TV yang berpengalaman untuk
mendapatkan bantuan.
• Peranti ini mematuhi CAN ICES-3 (B)/NMB-3(B)
Untuk Bantuan Berkenaan Bantuan Pertuturan Elektrolarinks Anda:
• Sila hubungi pengedar setempat anda jika bantuan diperlukan dalam
menggunakan atau menyelenggara elektrolarinks anda atau laporkan sebarang
masalah berkaitan elektrolarinks anda.
Amaran:
• Jangan masukkan mana-mana bahagian elektrolarinks atau sebarang aksesori ke
dalam stoma.
• Jangan membakar atau merosakkan bateri secara fizikal.
• Jangan mengecas bateri yang tidak boleh dicas semula.
• Peranti dan bateri boleh menjadi panas (sehingga 45°C) semasa mengecas.
Biarkan peranti menjadi sejuk sebelum digunakan jika ia menjadi terlalu panas.
195

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido