Jangan guna seting denyut lebih daripada beberapa saat pada sesuatu masa.
-
Untuk menghancurkan ais, tekan butan AIS.
3
apabila anda telah selesai memproses, setkan tombol kawalan pada 0 dan cabut plag perkakas.
sentiasa setkan tombol kawalan pada 0 sebelum anda membuka tudung.
Petua
-
Untuk mencegah tumpahan, jangan masukkan lebih daripada 1.5 liter cecair ke dalam balang
pengisar, lebih-lebih lagi apabila anda mengisar pada kelajuan tinggi. Jangan masukkan lebih
daripada 1liter ke dalam balang pengisar apabila anda memproses cecair panas atau bahan yang
mudah berbuih.
-
Anda boleh menggunakan bukaan pada tudung untuk menambah bahan semasa perkakas
sedang berjalan (Gamb. 7).
-
Jangan proses bahan kering lebih daripada 1 minit.
-
Potongkan bahan pepejal kepada bahagian-bahagian kecil sebelum memasukkannya ke dalam
balang pengisar. Jangan proseskan kuantiti bahan pepejal yang banyak sekali gus. Sebaliknya,
proseskan bahan ini dalam beberapa kelompok kecil.
-
Jika anda tidak berpuas hati dengan hasilnya semasa anda mengisar bahan-bahan pejal, gunakan
seting denyut beberapa kali untuk membolehkan pengisar berjalan sekejap. Jika anda hendak
menggunakan spatula, matikan perkakas, buka tudung dan kemudian kacau bahan-bahannya.
Anda boleh juga mengeluarkan sesetengah bahan-bahan balang dan proses jumlah yang lebih
kecil.
-
Untuk menghancurkan kiub ais, letakkan paling banyak 5 kiub ais di dalam balang pada satu-satu
masa dan tekan butang ICE beberapa kali.
hR2170 sahaja:Balang dibuat daripada kaca, oleh itu ia boleh pecah. Jangan jatuhkan balang ke
lantai yang keras. Juga elakkan kejutan suhu yang melampau. Jika balang terlalu sejuk, bilas
betul-betul dengan air suam sebelum anda menuang cecair panas ke dalamnya. Jika balang kaca ini
retak, berhenti menggunakannya.
Penapis (HR2168/HR2167 sahaja)
Anda boleh menggunakan penapis untuk menghasilkan sos, jus buah segar atau koktel yang lebih
halus kisarannya. Semua biji dan kulit buah akan tersangkut pada penapis.
HR2170/HR2160: Anda boleh memesan penapis (nombor jenis HR2963) daripada wakil penjual
Philips anda.
Jangan isikan penapis melebihi bahagian logamnya.
Jangan gunakan penapis untuk memproses bahan yang panas.
Menyediakan penapis untuk penggunaan
1
pasang balang pengisar pada unit motor (lihat bahagian 'Menyediakan pengisar untuk
digunakan' dalam bab ini).
2
Masukkan penapis ke dalam balang pengisar (gamb. 8).
Pastikan penapis diletakkan dengan betul pada bahagian bawah balang.
Alur pada penapis dan jejari dalam balang pengisar membantu anda meletakkan penapis pada
kedudukannya yang betul.
3
Tutupkan tudung.
Menggunakan penapis
1
Masukkan bahan ke dalam penapis melalui bukaan pada tudung.
BAHAsA MElAyU
51