soalan
Mengapakah motor
mengeluarkan bau
yang tidak
menyenangkan semasa
pemprosesan?
Perkakas berhenti
berjalan kerana unit
pisau tersangkut. Apa
harus saya lakukan?
Mengapakah jus buah
atau susu kacang soya
mengandungi banyak
pulpa atau kulit?
Balang pengisar bocor.
Apa harus saya
lakukan?
Kuantiti dan masa penyediaan (Gamb. 23)
Jawapan
Adalah menjadi perkara biasa bagi perkakas baru untuk mengeluarkan
bau yang tidak menyenangkan atau mengeluarkan sedikit asap beberapa
kali pertama ia digunakan. Fenomena ini berhenti selepas anda
menggunakan perkakas ini beberapa kali. Perkakas ini juga mengeluarkan
bau yang tidak menyenangkan atau mengeluarkan sedikit asap jika ia telah
digunakan terlalu lama. Dalam kes ini, setkan tombol kawalan pada 0 dan
biarkan perkakas menjadi sejuk selama 60 minit.
Setkan tombol kawalan pada 0 dan guna spatula untuk mengeluarkan
bahan yang menghalang unit pisau. Kami juga menasihati anda untuk
memproses kuantiti yang lebih kecil.
Untuk mengelakkan isi buah dan kulit daripada termasuk ke dalam
minuman anda, pastikan penapis (jenis tertentu sahaja) diletakkan dengan
betul ke dalam balang, tudung ditutup dan cawan penyukat dimasukkan
ke dalam tudung.
Setkan tombol kawalan pada 0 dan tuang bahan keluar. Pastikan gegelang
kedap diletak dengan betul pada unit pisau. Juga pastikan unit pisau
dipasang dengan betul.
BAHAsA MElAyU
57