BAHAsA MElAyU
56
Pes cili
Ramuan:
-
20g cili merah
-
30g bawang merah
-
2 ulas bawang putih
1
potong cili dan bawang putih menjadi kepingan besar yang muat di dalam mangkuk
pencincang.
2
Masukkan cili, bawang merah dan bawang putih ke dalam mangkuk pencincang.
3
Cincang bahan-bahan selama 30 saat.
nota: Jika anda hendak menyediakan kuantiti yang lebih banyak, biarkan perkakas menyejuk ke
suhu bilik sebelum anda memproses kelompok bahan-bahan yang seterusnya.
soalan lazim
Jika perkakas tidak berfungsi atau tidak berfungsi dengan betul, periksa dahulu senarai semak di
bawah atau lawati laman web Philips di www.philips.com/welcome. Jika masalah berkenaan tidak
disebutkan dalam senarai ini atau di internet, perkakas barangkali mempunyai kecacatan. Dalam
keadaan ini, kami nasihatkan anda supaya membawa perkakas ke wakil pengedar anda atau ke pusat
servis Philips yang sah.
soalan
Mengapakah perkakas
tidak berfungsi?
Bolehkah saya
bersihkan semua
bahagian boleh cerai
di dalam mesin
pencuci pinggan
mangkuk?
Apakah maksud
'denyut'?
Bolehkah saya
menuangkan bahan-
bahan panas ke dalam
balang pengisar?
Jawapan
Perkakas ini dilengkapi sistem keselamatan. Perkakas ini tidak berfungsi
jika balang pengisar dan tudung, mangkuk pencincang dan tudung
(jenis tertentu sahaja) atau bikar pengisar (jenis tertentu sahaja)
tidak dipasang dengan betul pada unit motor atau tidak dipasang
langsung. Periksa sama ada anda telah memasang balang pengisar dan
tudung, mangkuk pencincang dan tudung atau bikar pengisar dengan
betul (lihat berbagai bahagian dalam manual pengguna ini). Tetapkan
tombol kawalan kepada 0 terlebih dahulu.
Ya, kecuali unit motor dan unit gandingan pada pencincang (jenis tertentu
sahaja).
Apabila anda menekan tombol kawalan pada seting denyut,
perkakas berjalan pada kelajuan yang tertinggi selagi anda mengekallkan
tombol pada kedudukan ini. Gunakan seting denyut jika anda inginkan
lebih kawalan ke atas tugas pemprosesan.
Tidak, biarkan cecair panas menjadi sejuk sehingga 80°C/175°F untuk
mengelakkan kerosakan pada balang.