BAHASA MELAYU
Tujuan Penggunaan
Provox Brush (Berus) adalah peranti kegunaan seorang pesakit
yang bertujuan untuk membersihkan Prostesis Suara Provox,
untuk memasukkan Provox Plug (Palam) dan Provox Vega Plug
(Palam), untuk menyapu pelincir dan ejen antikandida dan untuk
membersihkan lubang fenestrasi pada Provox LaryTube. Produk
ini bertujuan untuk digunakan oleh pesakit.
Sebelum penggunaan
Sentiasa periksa Provox Brush (berus) (rajah 1) untuk memastikan
ia tidak pecah atau haus.
Sebelum setiap penggunaan, pastikan bahawa
• hujung pelindung tidak pecah atau longgar.
• bulu kejur tidak kelihatan haus atau longgar.
• wayar tidak bengkok atau pecah.
• keseluruhan pemegang tidak retak atau pecah dan sayap
keselamatan tidak dikeluarkan.
Jika terdapat sebarang kecacatan, berus mesti dibuang.
Membersih dan menyahjangkit
Bersihkan Berus Provox selepas setiap penggunaan menurut rajah
4-7 menggunakan air minuman.
Nyahjangkit Berus Provox (rajah 8) dengan salah satu kaedah
berikut:
• Etanol 70% selama 10 minit
• Isopropil alkohol 70% selama 10 minit
• Hidrogen peroksida 3% selama 60 minit
Jangan gunakan alat sehingga ia kering sepenuhnya.
Nota: Senti asa bersihkan dan nyahjangkit alat sebelum digunakan.
Langkah beringat-ingat
• Alat bertujuan untuk kegunaan seorang pesakit sahaja. Mengguna
semula pada pesakit lain boleh menyebabkan pencemaran silang.
• Jangan bersihkan atau menyahjangkit dengan sebarang kaedah lain
kerana ia mungkin menyebabkan kerosakan produk dan kecederaan.
Pelupusan
Sentiasa ikut amalan perubatan dan keperluan negara berkaitan
dengan biobahaya apabila melupuskan peranti perubatan yang
telah digunakan.
Pelaporan
Sila ambil perhatian bahawa sebarang kejadian serius yang berlaku
berkaitan dengan peranti itu hendaklah dilaporkan kepada pengilang
dan pihak berkuasa kebangsaan bagi negara tempat pengguna dan/
atau pesakit itu berada.
50